Lelaki ditahan ugut bailif mahkamah dan anggota polis di Klang

LocalPolitics
12 Nov 2025 • 10:14 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Seorang lelaki ditahan selepas ugut bailif Mahkamah Tinggi Shah Alam dan anggota polis yang jalankan writ saman di Pandamaran, Klang.

SHAH ALAM: Seorang lelaki ditahan selepas memprovokasi dan mengugut Bailif Mahkamah Tinggi Shah Alam serta anggota polis di Pandamaran, Klang.

Kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang semasa pegawai mahkamah dan polis menjalankan writ saman mahkamah tinggi di sebuah rumah.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Ramli Kasa berkata lelaki tersebut memecahkan botol kaca dan melafazkan kata-kata ugutan.

“Tangkapan dibuat atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tanggungjawab dan ugutan jenayah,” katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kejadian itu.

Ramli menasihati orang ramai mematuhi arahan atau berdepan tindakan undang-undang. – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved