Lelaki ditangkap disyaki edar Ectasy, Erimin5

LocalPolitics
7 Oct 2024 • 4:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

PENAMPANG: Seorang lelaki berusia 39 tahun ditangkap di sebuah pangsapuri di Jalan Bundusan pada Jumaat malam kerana disyaki mengedar 155 gram Ecstasy dan 10 pil Erimin 5.

Ketua Polis Penampang Supt Sammy Newton, berkata dadah yang dirampas dalam serbuan pada jam 11 malam itu dianggarkan bernilai RM3,700.

“Suspek juga didapati positif methamphetamine dan amphetamine selepas menjalani ujian saringan air kencing awal.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman sebatan tidak kurang daripada 15 kali, penjara seumur hidup, atau hukuman mati.

SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more “Ia juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek ketika ini ditahan reman dan pihak polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terjerumus dengan dadah.

“Sebaliknya, terus menjadi mata dan telinga polis untuk memerangi penyalahgunaan dadah,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.