Lelaki Ditembak Mati Dalam Kenderaan, Kejadian Di Meru

LocalPolitics
20 Jun 2025 • 8:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Lagi kejadian tembak di Klang!

Kali ini, seorang lelaki tempatan ditembak mati di tempat duduk pemandu kenderaan pacuan empat roda di Meru, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 3.37 petang daripada anggota rondaan yang sedang bertugas di lokasi berkenaan.

image is not available

“Kejadian berlaku di hadapan sebuah premis menjual motosikal di Lorong Mahang 1, Taman Meru Utama, Meru, Klang.

"Hasil siasatan awal mendapati seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 46 tahun ditemui dalam keadaan mengiring dan berlumuran darah di tempat duduk pemandu,"katanya.

Buat masa ini, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved