Lelaki ditemukan lemas di Tasik Putrajaya

16 Feb 2026 • 2:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat lelaki ditemukan lemas di Tasik Putrajaya di sini pada Isnin.
image is not available
Lelaki ditemukan lemas di Tasik Putrajaya pada Isnin.

PUTRAJAYA - Seorang lelaki ditemukan lemas di tepi tasik berhampiran Istana Darul Ehsan, Presint 8, di sini pada Isnin.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Putrajaya dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 11.42 pagi.

"Sejurus menerima panggilan, sebuah jentera bersama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 digerakkan ke lokasi pada jam 11.43 pagi.

"Setibanya di lokasi, mangsa lelaki dewasa didapati terapung di tepi tasik berhampiran istana tersebut," katanya.

**media[3436863]**

Menurutnya, anggota bomba seterusnya menjalankan operasi mengangkat mangsa ke tebing menggunakan pengusung dengan bantuan bot daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.