Lelaki ditemukan mati akibat kecederaan objek tumpul di kepala

24 Nov 2026 • 8:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki ditemukan mati akibat kecederaan objek tumpul di kepala

SEBERANG PERAI – Kecederaan akibat objek tumpul pada bahagian kepala dikenal pasti sebagai punca kematian seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kampung Baru, Jalan Byram, Nibong Tebal di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou berkata, ia disahkan menerusi hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Seberang Jaya hari ini.

Menurutnya, identiti mangsa masih belum dikenal pasti, manakala individu yang disyaki terlibat dalam kejadian itu juga belum dikesan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif kejadian serta mengesan individu yang terlibat,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan mayat mangsa ditemukan di kawasan Kampung Baru, Jalan Byram semalam sebelum polis menerima laporan berhubung penemuan tersebut.-KOSMO! ONLINE

The post Lelaki ditemukan mati akibat kecederaan objek tumpul di kepala appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved