Mayat lelaki dengan kecederaan kepala ditemukan separuh tertanam di Nibong Tebal

24 Nov 2026 • 8:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Mayat lelaki dengan kecederaan kepala ditemukan separuh tertanam di Nibong Tebal

Mayat seorang lelaki dengan kesan kecederaan pada kepala ditemukan separuh tertanam di tebing terusan pengairan di Ladang Byram, Nibong Tebal dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

NIBONG TEBAL: Mayat seorang lelaki dengan kesan kecederaan pada bahagian kepala ditemukan dalam keadaan separuh tertanam di tebing terusan pengairan di Kampung Baru, Ladang Byram di sini, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng mengesahkan penemuan mayat itu dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut masih dijalankan.

Difahamkan, mayat itu ditemukan oleh orang awam kira-kira 11 malam sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis.

Pemeriksaan awal pasukan forensik polis menemukan tompokan darah berhampiran lokasi penemuan mayat itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved