Lelaki Ditemukan Mati Di Stesen LRT, Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Sahkan Identiti 

18 Nov 2026 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Lelaki Ditemukan Mati Di Stesen LRT, Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Sahkan Identiti 

AMPANG JAYA - Polis memohon bantuan orang ramai mengenal pasti identiti seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di kawasan tempat letak kereta Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pandan Jaya, di sini, pagi tadi.

Mayat lelaki yang masih belum dikenal pasti itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan tidak berpakaian di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung seorang lelaki yang dipercayai tidak sedarkan diri daripada anggota Unit Kereta Peronda (MPV) pada jam 7.30 pagi.

Menurutnya, seorang Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Ampang yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan lelaki terbabit telah meninggal dunia.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Ampang untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai ahli keluarga atau kenalan lelaki yang dilaporkan hilang supaya tampil membantu pihak polis mengenal pasti identiti si mati.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerusi talian 03-4289 7222. - Getaran, 18 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved