
KUALA KANGSAR: Seorang pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) ternama di daerah ini ditemukan meninggal dunia dalam kawasan sekolah berkenaan, hari ini.
Tinjauan oleh Utusan Malaysia di lokasi mendapati beberapa kenderaan polis berada dalam pekarangan sekolah sejak awal petang dipercayai bagi menyiasat kejadian berkenaan.
Jenazah mangsa difahamkan sudah dibawa ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat.
Pihak media yang hadir ke sekolah tersebut tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah dan sedang menantikan pengesahan lanjut serta kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.
Kes tersebut juga didapati tular dalam kalangan pengguna media sosial di daerah ini yang terkejut dengan kejadian tersebut.
Semasa tinjauan juga, ramai pelajar dilihat diminta untuk mematuhi disiplin peraturan sekolah ekoran kehadiran pihak berkuasa susulan kejadian tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin ketika dihubungi memaklumkan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – UTUSAN
The post Pelajar sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar ditemukan maut appeared first on Utusan Malaysia.





