Lelaki dituduh ugut bapa

2 Mar 2024 • 3:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 30 tahun meminta dibicarakan atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan menyebabkan ketakutan kepada bapanya.

Mohd Afran Sahiron membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali, ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya pada Jumaat.

Dia didakwa mengugut untuk mencederakan bapanya yang berumur 55 tahun pukul 6 petang pada 27 Feb tahun ini di sebuah rumah di Kg Kepayan Luar, Jalan Simpur Kepayan, di sini.

Mohd Afran didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Mahkamah menetapkan 2 April tahun ini untuk sebutan semula dan Mohd Afran ditawarkan ikat jamin sebanyak RM2,500 dengan dua orang penjamin tempatan.

Timbalan Pendakwa Raya Ling Zhin Ling melakukan pendakwaan manakala peguam dilantik Lawrence Lim mewakili Mohd Afran.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.