![Image from: Lelaki Ditumbuk Ketika Beratur Beli Nasi Lemak Maafkan Warga Emas, Pilih Untuk Berdamai [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Lelaki-maafkan-warga-emas-selepas-ditumbuk-ketika-beratur-beli-nasi-lemak-1.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki yang ditumbuk warga emas selepas dia terbatuk ketika sedang beratur membeli nasi lemak di Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh.
Ekoran kejadian terbabit, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritenden Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor dalam satu kenyataan menjelaskan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan serta mengesan warga emas berkenaan selepas menerima laporan daripada mangsa.
Warga Emas Serah Diri & Tampil Beri Keterangan
Terbaharu, mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Zhafri Samsudin dalam satu hantaran di Facebook tampil menjelaskan perkembangan terbaharu insiden yang menimpa dirinya.
Jelas Ahmad Zhafri, warga emas yang berusia lingkungan 50 ke 60 tahun itu telah datang menyerah diri di balai polis dan memberi keterangan.
“Alhamdulillah, selepas hampir tiga hari, hasil usaha berterusan pihak Polis Diraja Malaysia, khususnya Unit Siasatan Jenayah IPD Sungai Buloh, individu yang terlibat telah tampil menyerah diri dan hadir ke IPD Sungai Buloh untuk memberikan keterangan.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada pegawai penyiasat, Sarjan Faris, serta semua anggota yang terlibat dalam usaha mengesan beliau,” kongsinya.
Lelaki Pilih Maafkan Warga Emas, Mahu Kejadian Tumbuk Dijadikan Sebagai Pengajaran
Tambah Ahmad Zhafri, dia memilih untuk berdamai dengan memaafkan warga emas berkenaan dan berharap insiden terbabit dijadikan sebagai pengajaran.
“Dengan hati yang terbuka dan penuh keinsafan, saya memilih untuk memaafkan beliau. Jika Rasulullah S.A.W. mampu memaafkan umatnya, siapalah saya yang penuh dengan kekurangan ini untuk tidak memberi ruang kepada seseorang memperbaiki kesilapan.
“Saya tidak memilih kekerasan. Saya memilih undang-undang.
“Mungkin keputusan ini tidak akan memuaskan hati semua pihak, namun sebagai seorang anak, suami, bapa, Teknologis Profesional dan pekerja sektor korporat, saya percaya bahawa tindakan berlandaskan undang-undang adalah jalan yang lebih baik daripada membalas dengan kemarahan.
“Kepada beliau, jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran. Saya berharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi. Namun sekiranya insiden yang sama berlaku pada masa hadapan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya,” jelasnya.
Mangsa Beri Penjelasan Maksud Ayat Yang Keluar Ketika Pertengkaran
Pada masa yang sama, Ahmad Zhafri turut memberi penjelasan mengenai kata-katanya sewaktu insiden terbabit.
“Ketika kejadian berlaku, saya ada berkata: ‘Pak cik tak kenal saya siapa. Pak cik tak tahu apa yang saya boleh buat dan siapa yang berada di belakang saya.’
“Hari ini saya ingin menjelaskan maksud kata-kata itu. Inilah yang berada di belakang saya ‘Kedaulatan Undang-Undang.’
“Yang baik datang daripada Allah S.W.T dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri.
“Semoga kejadian ini menjadi peringatan bahawa kekerasan bukanlah jalan penyelesaian dan setiap tindakan mempunyai akibat serta tanggungjawabnya,” jelasnya.
@ahmadzhafrisam Assalamualaikum, Seperti yang dijanjikan, saya ingin berkongsi perkembangan terkini berkenaan insiden serangan yang saya alami tempoh hari. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua. Alhamdulillah, selepas hampir tiga hari, hasil usaha berterusan pihak Polis Diraja Malaysia, khususnya Unit Siasatan Jenayah IPD Sungai Buloh, individu yang terlibat telah tampil menyerah diri dan hadir ke IPD Sungai Buloh untuk memberikan keterangan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada pegawai penyiasat, Sarjan Faris, serta semua anggota yang terlibat dalam usaha mengesan beliau. Dengan hati yang terbuka dan penuh keinsafan, saya memilih untuk memaafkan beliau. Jika Rasulullah S.A.W. mampu memaafkan umatnya, siapalah saya yang penuh dengan kekurangan ini untuk tidak memberi ruang kepada seseorang memperbaiki kesilapan. Saya tidak memilih kekerasan. Saya memilih undang-undang. Mungkin keputusan ini tidak akan memuaskan hati semua pihak, namun sebagai seorang anak, suami, bapa, Teknologis Profesional dan pekerja sektor korporat, saya percaya bahawa tindakan berlandaskan undang-undang adalah jalan yang lebih baik daripada membalas dengan kemarahan. Kepada beliau, jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran. Saya berharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi. Namun sekiranya insiden yang sama berlaku pada masa hadapan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. Ketika kejadian berlaku, saya ada berkata: “Pak cik tak kenal saya siapa. Pak cik tak tahu apa yang saya boleh buat dan siapa yang berada di belakang saya.” Hari ini saya ingin menjelaskan maksud kata-kata itu. Inilah yang berada di belakang saya “Kedaulatan Undang-Undang.” Yang baik datang daripada Allah S.W.T., dan segala kekurangan datang daripada diri saya sendiri. Semoga kejadian ini menjadi peringatan bahawa kekerasan bukanlah jalan penyelesaian, dan setiap tindakan mempunyai akibat serta tanggungjawabnya. Sekian. Ts. Ahmad Zhafri Samsudin
♬ original sound – Ts. Ahmad Zhafri Samsudin – Ts. Ahmad Zhafri Samsudin
Tonton video penuh [DI SINI]
Insiden Ditumbuk Warga Emas, Mangsa Cedera Pada Bahagian Pipi & Dagu Kiri
Sebelum ini, Ahmad Zhafri dalam satu hantaran meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan warga emas berkenaan.
Ini kerana warga emas terbabit didakwa dengan sengaja menumbuk, menampar serta menolak dirinya selepas dia terbatuk ketika sedang beratur membeli sarapan di sebuah premis pada 12 Jun lalu.
Bukan itu sahaja, Ahmad Zhafri mendakwa warga emas itu turut mengambil garfu yang berada di kaunter dengan tujuan untuk mencederakannya.
Dakwa Ahmad Zhafri, dia telah mengalami kecederaan pada pipi dan dagu bahagian kiri gara-gara perbuatan warga emas berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Tergamak Belasah & Tendang Warga Emas Selepas Terbabit Kemalangan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Insiden Warga Emas Dipukul Selepas Didakwa Jadi Punca Kemalangan Buat Ramai Bengang [Video]





