Lelaki Filipina miliki hasil haiwan dilindungi dijel

10 Aug 2022 • 1:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Seorang lelaki warga Filipina dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa, kerana memiliki beberapa hasil haiwan dilindungi.

Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu selepas Jesus A Apolinario, 49, mengaku melakukan kesalahan itu pada jam 1.30 petang 2 Julai tahun ini di sebuah rumah pekerja berdekatan kawasan Hutan Simpan Ladang Labau Division C Tongod, Daerah Tongod.

Pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Visaya oleh jurubahasa di hadapan mahkamah.

Tertuduh didakwa memiliki satu bahagian kepala rusa (Cervus unicolor), dua bahagian tanduk kijang (Muntiacus muntjac), 245 batang bulu landak (Hystrix brachyuran) iaitu spesies haiwan dilindungi.

Kesalahan di bawah Seksyen 41(2) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 41(4) Enakmen sama, yang boleh didenda antara RM30,000 dan RM50,000, atau dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Hidupan Liar Sabah Abdul Karim Dakog, yang menjalankan pendakwaan, meminta hukuman setimpal dikenakan kepada pesalah kerana ia kesalahan serius untuk memiliki hasil haiwan dilindungi, selain untuk memberi pengajaran kepadanya dan orang awam.

Hakim turut memerintah Jesus dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman penjara itu kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Terdahulu, mahkamah mendengar bahawa 16 anggota keselamatan yang menjalankan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) membuat pemeriksaan terhadap rumah pekerja itu pada 2 Julai.

Pasukan OBK berkenaan telah menjumpai bahagian rusa itu di dalam peti ais yang diletakkan di bahagian ruang tamu. Manakala sepasang dan setengah tanduk kijang digantung di bahagian dapur dan bilik.

Selain itu, dua bekas lutsinar masing-masing berisi 105 dan 140 batang bulu landak turut ditemui. Tertuduh juga didapati tidak memiliki permit sah bagi pemilikan hasil haiwan itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.