Lelaki Gagal Curi Rantai Emas RM30K Lepas Terperangkap Pintu Automatik

27 Dec 2025 • 11:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Niat seorang lelaki untuk mencuri seutas rantai emas bernilai RM30,000 di sebuah kedai emas di Paka, Terengganu, beberapa hari lalu gagal apabila dia terperangkap di pintu automatik premis berkenaan.

Menurut laporan Harian Metro, suspek berusia 33 tahun itu dipercayai memasuki kedai emas terbabit dengan memakai pelitup muka dan kopiah sebelum berpura-pura melihat barangan kemas.

Difahamkan, suspek meminta pekerja kedai mengeluarkan seutas rantai emas kononnya untuk dibeli, sebelum secara tiba-tiba melarikan barangan tersebut dan cuba melarikan diri.

@utusanmelayuplusofficial

Katanya suspek ditangkap ketika cuba larikan rantai tangan di sebuah kedai emas dekat Paka, Terengganu, semalam. Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi daripada pihak polis setakat ini dan maklumat lanjut akan dikemaskini. #trendingnewsmalaysia #fyp #duitpalsu RM30,000

Namun, tindakannya yang mahu melarikan diri bersama barang kemas itu tidak berjaya kerana pekerja kedai emas itu terus bertindak mengunci pintu automatik kedai itu.

Seorang pelanggan kedai itu pula kemudiannya menangkap suspek sebelum menghubungi pihak polis.

Suspek yang telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Dungun telah ditahan reman sehingga esok (Ahad0 untuk siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.