Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

8 Jun 2026 • 4:55 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mencetuskan kebimbangan ramai apabila dikesan menggunakan pembesar suara untuk memberi amaran, kononnya COVID-19 kembali menular. 

Insiden berkenaan dikatakan berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Pulai, Perak.

Dalam satu rakaman video, lelaki berkenaan dilihat berada dalam sebuah kenderaan sambil membuat pengumuman kepada orang awam. 

Dia mendakwa virus COVID-19 kini 'menular semula' dan menuduh kerajaan sengaja berdiam diri mengenai situasi itu.

Tindakannya menarik perhatian seorang individu lain yang kemudian menghampiri kenderaan tersebut untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan dibuat.

Individu terbabit turut mempersoalkan tujuan lelaki itu membuat pengumuman sedemikian kepada orang ramai.

Rakaman video berkenaan kemudiannya dimuat naik ke Facebook, dengan gesaan agar pihak berkuasa termasuk polis mengambil tindakan sewajarnya.

Menurutnya, sebarang kenyataan tanpa pengesahan boleh mencetuskan kebimbangan dan keresahan yang tidak perlu dalam kalangan masyarakat.

Sehingga hari ini, video berkenaan telah dikongsi secara meluas dan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, dengan majoriti netizen menyifatkan tindakan lelaki itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Beberapa pengguna turut menegaskan bahawa penyebaran maklumat yang tidak disahkan khususnya berkaitan isu kesihatan awam, berpotensi menimbulkan panik dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung insiden tersebut mahupun dakwaan dibuat dalam video berkenaan.

Perbuatan lelaki tersebut boleh disaksikan menerusi pautan https://www.facebook.com/share/v/1HHA8mePQg/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 8 Jun 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved