![Image from: Lelaki Hanya Ada RM8 Untuk Baiki Motosikal Sebak Selepas Dibantu Abang Minyak Hitam Jalanan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Lelaki-sebak-dibantu-Abang-Minyak-Hitam-Jalanan.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kisah mekanik popular, Abang Minyak Hitam Jalanan bersama seorang lelaki berbangsa Cina, Dicky Yau pada 17 April lalu nyata mendapat perhatian ramai termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan.
Manakan tidak, keikhlasan individu itu dalam membantu mereka memerlukan tanpa mengira latar belakang sememangnya menyentuh hati ramai.
Abang Minyak Hitam Jalanan Dapat Panggilan, Lelaki Minta Tolong Baiki Rantai Motosikal
Terbaharu, Abang Minyak Hitam Jalanan sekali lagi menjadi bualan ramai apabila membantu individu yang memerlukan.
Kongsinya dalam satu hantaran di Threads, dia mendapat panggilan daripada seorang lelaki yang meminta bantuannya untuk membaiki rantai motosikal putus berhampiran Pusat Beli Belah One Utama, Bandar Utama.
Tak Jadi Baiki Motosikal Lepas Tahu Kos Keseluruhan, Hanya Ada RM8
Jelas Abang Minyak Hitam Jalanan, lelaki itu kemudian bertanyakan harga kos membaiki motosikal sebelum datang ke lokasi terbabit.
Difahamkan, harga rantai yang dikenakan adalah RM85 manakala upah untuk datang ke tempat terbabit adalah RM45.
Sebaik mengetahui harga yang dikenakan, lelaki itu kemudiannya menjelaskan dia akan cuba membaiki motosikalnya dengan cara lain memandangkan hanya mempunyai RM8 di tangan.
“Allah adik, abang ada RM8 je ni, tak apalah, abang usaha cara lain, terima kasih adik,” kongsinya.
Abang Minyak Hitam Jalanan Tunggu 20 Minit Sebelum Ambil Keputusan Bantu Lelaki
Namun, selepas 20 minit, Abang Minyak Hitam Jalanan kemudiannya menghubungi semula lelaki terbabit dan bertanyakan kepadanya adakah dia telah mendapat bantuan.
Lelaki itu menjelaskan masih tiada siapa yang membantunya menyebabkan Abang Minyak Hitam Jalanan membuat keputusan untuk datang membantunya.
Kongsinya, lelaki itu baru sahaja menjadi mangsa scam RM10,000 hingga menyebabkan dia terpaksa bekerja keras.
“Abang ni cerita dia baru lepas kena scam dalam RM10k juga. Kerja teruk apa semua, masa tu juga abang ni nak ambil isteri dia balik kerja dan nak ambil anak sekolah petang. Semua tak boleh buat,” kongsinya.
Guna Duit Infaq Tanggung Kos Baiki Motosikal
Sewaktu mahu membuat bayaran, lelaki terbabit memaklumkan kepada Abang Minyak Hitam Jalanan bahawa dia hanya boleh membayar upah membaiki pada esok hari selepas menyelesaikan penghantaran Lalamove.
Memahami apa yang dihadapi oleh lelaki terbabit, Abang Minyak Hitam Jalanan kemudiannya terus memaklumkan kepada lelaki itu bahawa dia tidak perlu membuat bayaran.
Ini kerana kos tersebut akan ditanggung menggunakan wang infaq yang disumbangkan oleh orang ramai.
“Alhamdulillah disebabkan duit-duit infaq ada ini la jalannya. Bukan saya nak menunjuk saya baik ke apa, saya cuma jalankan amanah orang infaq. Saya buat video untuk orang buat kebaikan. Mungkin kita ada duit tapi kita tak boleh tolong orang.
“Saya tak ada duit tetapi saya boleh jalankan amanah orang, insya-Allah,” tulisnya.
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat lelaki berkenaan seakan tidak percaya malah sebak sebaik mendengar dia tidak perlu membuat bayaran berkenaan.
View on Threads
Ramai Tersentuh Lihat Kebaikan Abang Minyak Hitam Jalanan, Ada Yang Simpati Dengan Nasib Lelaki Berkenaan
Perkongsian yang telah mendapat lebih 53,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tersentuh melihat keikhlasan yang dilakukan oleh Abang Minyak Hitam Jalanan terhadap lelaki berkenaan.
Malah, ada yang memuji tindakannya itu yang tidak henti membantu individu memerlukan.
Pada masa yang sama, ada juga yang menzahirkan rasa simpati terhadap lelaki berkenaan yang menjadi mangsa penipuan mereka yang tidak bertanggungjawab.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Tengok Raut Wajah Dia Pun Dah Menceritakan 1001 Masalah Yang Dia Tengah Hadap, Bertahanlah Abang, Kuat Insya-Allah”
![Image from: Lelaki Hanya Ada RM8 Untuk Baiki Motosikal Sebak Selepas Dibantu Abang Minyak Hitam Jalanan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/abang-minyak-hitam-jalanan-bantu-mangsa-scam_netizen_1.jpg)
“Siapa Potong Bawang Pagi-Pagi Ni, Semoga Dua-Dua Brader Ni Dalam Lindungan Allah SWT”
![Image from: Lelaki Hanya Ada RM8 Untuk Baiki Motosikal Sebak Selepas Dibantu Abang Minyak Hitam Jalanan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/abang-minyak-hitam-jalanan-bantu-mangsa-scam_netizen_2.jpg)
“Semoga Jasa Abang Minyak Hitam Jalanan Tolong Orang Memerlukan, Punca Rezeki Melimpah Seperti Air Mengalir”
![Image from: Lelaki Hanya Ada RM8 Untuk Baiki Motosikal Sebak Selepas Dibantu Abang Minyak Hitam Jalanan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/abang-minyak-hitam-jalanan-bantu-mangsa-scam_netizen_3.jpg)
“Selagi Orang Infaq Tu Percaya Dekat Awak, Jalan Terus Dengan Amanah Kerana Allah”
![Image from: Lelaki Hanya Ada RM8 Untuk Baiki Motosikal Sebak Selepas Dibantu Abang Minyak Hitam Jalanan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/abang-minyak-hitam-jalanan-bantu-mangsa-scam_netizen_4.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Dicky Tunai Janji, Infaq RM3k Kepada Abang Minyak Hitam Jalanan Namun Disuruh Simpan Untuk Anak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Kisah Dibantu Abang Minyak Hitam Jalanan, Ramai Mahu Turun Jumpa Dicky [Video]



