Lelaki hilang di Sipitang ditemui

24 Sep 2023 • 3:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SIPITANG: Seorang lelaki Lahanirsin Lahamino, 33, dari Kg Lubok Darat yang dipercayai hilang sejak Ahad lalu ditemui semula pada Jumaat, kata Ketua Polis Sipitang Mail Sandungi.

Pasukan menyelamat yang terdiri daripada PDRM, Bomba dan Penyelamat Sipitang bersama anjing pengesan K9, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung memulakan pencarian di sekitar kawasan hutan Kg. Lubok Darat, di sini.

Mail berkata pihaknya menerima makluman mengenai orang hilang telah dijumpai di kawasan kebun milik seorang penduduk di Kg Sapok, kira-kira 4.20 petang.

“Pada Op SAR hari ketiga mangsa berjaya dijumpai keadaan letih dan lesu sebelum dibawa ke Hospital Sipitang untuk pemeriksaan kesihatan.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannnya diserahkan kepada keluarganya selepas itu,” katanya.

Katanya, mangsa kali terakhir dilihat semasa berjalan di jalan utama Kg.Lubok Darat menuju ke kebun milik adiknya, kira-kira 150 meter dari jalan utama.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.