Lelaki hilang ditemukan maut disyaki terjatuh daki Gunung Keriang

7 May 2025 • 8:34 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa dibawa turun dari atas Gunung Keriang dengan kebenaran pihak polis, sebelu petugas Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada Selasa. FOTO IHSAN BOMBA

ALOR SETAR – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Keriang, pada petang Selasa.

Komander Operasi Kanan Zon 1 Kota Setar, Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar menerima panggilan kecemasan pada jam 6.15 petang bagi membantu mencari mangsa yang disyaki hilang.

Menurutnya, sepasukan 10 anggota dari BBP Alor Setar bergegas ke lokasi untuk melakukan pencarian.

“Maklumat awal memaklumkan bahawa mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri, dipercayai akibat terjatuh semasa mendaki,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa kemudian dibawa turun dengan kebenaran pihak polis sebelum tiba di kaki gunung pada jam 9.30 malam.

Sebaik tiba di bawah, petugas Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Operasi tamat pada jam 10.14 malam selepas kes diserahkan kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved