Lelaki ‘Hilang’ Empat Hari Ketika COD Barang Di Pulau Pinang Rupa-Rupanya…

9 Oct 2023 • 3:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Memetik Harian Metro, lelaki yang sebelum ini dilaporkan ‘hilang’ selama empat hari ketika melakukan urusan penjualan telefon bimbit rupa-rupanya menyembunyikan diri daripada pemungut hutang.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memaklumkan keterangan tersebut diambil selepas lelaki berusia 27 tahun itu tampil membantu siasatan.

image is not available

Maklum Hussein, lelaki berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan telah dijalankan pemeriksaan sewajarnya.

Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas dirinya.

Sebenarnya dia melarikan diri atau menyembunyikan diri daripada pemungut hutang.

Terdahulu, media melaporkan lelaki berkenaan ada membuat panggilan video dalam keadaan cemas terhadap tunang dan meminta tolong.

Lelaki itu kemudian gagal dihubungi dan dilaporkan telah diselamatkan oleh seorang pemandu lori sebelum kembali kepada keluarganya, kelmarin.

Sehubungan itu, polis telah berhubung dengan mangsa untuk mengetahui kejadian sebenar dan bertindak menjalankan siasatan lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

"Sempat Video Call Tengah Panik Berlari, Minta Tolong Selamatkan" - Lelaki Hilang Lepas COD iPhone Dekat 'Customer'

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved