Patutlah ‘Hilang’ Rupanya Lelaki COD iPhone Sembunyi Daripada Pemungut Hutang!

9 Oct 2023 • 4:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Lelaki yang tular kerana hilang selama empat hari ketika membuat urusan penjualan telefon bimbit sebelum ditemui selamat didapati menyembunyikan diri daripada pemungut hutang.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan rakaman keterangan yang dilakukan selepas lelaki berusia 27 tahun terbabit tampil membantu siasatan.

Beliau berkata, lelaki itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi memberikan keterangan, semalam.

"Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian berlaku ke atas dirinya.

“Sebenarnya dia melarikan diri atau menyembunyikan diri daripada pemungut hutang," katanya seperti yang dilapor Harian Metro.

Semalam, Harian Metro melaporkan polis meminta lelaki yang didakwa hilang sejak 3 Oktober lalu ketika membuat urusan penjualan telefon bimbit sebelum dijumpai selamat supaya tampil membantu siasatan.

Hussein dilaporkan berkata, polis gagal menghubungi atau mengesan keberadaan mangsa dan juga tunangnya buat masa ini.

Beliau dipetik berkata, polis cuma dimaklumkan berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Pantai, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dan mangsa sudah kembali kepada keluarganya.

Katanya, polis sedang berusaha berhubung dengan mangsa untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

Terdahulu, lelaki itu dikatakan diselamatkan pemandu lori sebelum kembali kepada keluarganya, kelmarin.

Dia dikatakan kali terakhir dikesan berada di George Town, Pulau Pinang selepas dikatakan sempat membuat panggilan video dengan tunangnya untuk meminta tolong.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved