Lelaki hilang sejak 2 hari lepas, SAR dilancarkan

18 Feb 2026 • 2:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan bomba menjalankan SAR selepas menerima laporan mengenai kehilangan Muhd Saifuan pada jam 9.54 pagi tadi. - Gambar hiasan

KUALA KRA - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Kampung Kandek, Dabong, di sini sejak Isnin lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong, Pegawai Bomba Tinggi II Zaimi Samat berkata, pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas menerima laporan mengenai kehilangan Muhd Saifuan Che Mood, 38, pada jam 9.54 pagi tadi.

Berdasarkan maklumat daripada adik Muhd Saifuan, lelaki itu didapati tidak pulang ke rumah sejak 16 Februari, kira-kira jam 11.30 malam hingga ke hari ini.

Beliau berkata, SAR melibatkan lapan anggota dari BBP Dabong berserta dua jentera.

"Kawasan pencarian antaranya melibatkan laluan yang biasa dilalui Muhd Safuan dan operasi itu turut dibantu penduduk kampung," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pencarian melibatkan jarak sejauh tiga kilometer dan radius pencarian akan diperluas pada sebelah petang dengan disertai Unit Anjing Pengesan (K9).

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintenden Mohd Maizan Mustaffa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kehilangan Muhd Saifuan dan memaklumkan operasi mencari mangsa giat dijalankan. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved