Lelaki maut jatuh dalam kolam ikan

11 Feb 2026 • 8:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam ikan miliknya ketika menjala ikan. Gambar hiasan

IPOH - Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam ikan miliknya ketika menjala ikan di Batu 20, Kampung Sungai Nangka Jelai di Batu Kurau, malam Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa berusia lingkungan 40-an dan bomba menerima panggilan pada 8.02 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata, setibanya anggota bomba di tempat kejadian 16 minit kemudian, didapati mangsa terbaring di tebing kolam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Setelah pasukan perubatan Kementerian Kesihatan tiba, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan.

Operasi bomba tamat pada 9.38 malam. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved