Lelaki ‘hilang’ selepas buat panggilan video terakhir dengan bekas kekasih

LocalPolitics
4 Mar 2025 • 12:35 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai terjun ke Sungai Kuantan dari Jambatan Putra selepas melakukan panggilan video dengan bekas teman wanitanya, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai sebuah motosikal yang ditinggalkan dalam keadaan enjin masih hidup di atas jambatan sekitar jam 11 malam.

“Hasil siasatan mendapati sebuah telefon bimbit diletakkan di atas motosikal dan sedang membuat panggilan video dengan seorang wanita. Saksi yang menemui telefon itu berbual dengan wanita berkenaan, yang memaklumkan pemilik telefon mahu terjun ke sungai,” katanya, memetik laporan Kosmo! Online.

Saksi yang menyedari situasi mencemaskan itu segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan. Susulan laporan tersebut, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan sekitar jam 11.30 malam membabitkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Difahamkan, lelaki itu sebelum ini menjalinkan hubungan dengan bekas teman wanitanya selama setahun sebelum mereka berpisah pada Disember lalu. Usaha pencarian masih diteruskan di sepanjang Sungai Kuantan bagi mengesan mangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved