Lelaki hina kalimah Allah akui cuma nak jadi ‘keyboard warrior’

22 Mar 2024 • 5:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Lelaki hina kalimah Allah akui dirinya hanya ingin menjadi keyboard warrior apabila memuat naik hantaran jelik susulan isu stoking yang memaparkan kalimah berkenaan tempoh hari.

Mengaku bersalah buat hantaran jelik

Memetik laporan dari Harian Metro, tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin, hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.

image is not available

Lelaki hina kalimah Allah tak tahu perkataan tu sensitif

Susulan daripada itu, dia yang merupakan juruteknik aplikasi sosial telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000.

Ketika membuat rayuan, lelaki berkenaan memohon agar tidak dipenjarakan kerana enggan dibuang dari pekerjaannya. Dia turut mendakwa hanya menjadi ‘keyboard warrior’ dan tidak mengetahui kalimah ‘Allah’ yang ditulis menghina agama Islam.

“Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi ‘keyboard warrior’, saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.

Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu Tuhan di pelbagai bahagian badan, ingat hanya kecil punya hal, saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina,” rayunya.

Walau bagaimanapun, pihak Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat dijatuhkan sebagai pengajaran agar kejadian sama tidak berulang lagi.

image is not available

Kredit foto: The Edge Malaysia

Lelaki hina kalimah Allah, buat lawak tentang isu stoking

Terdahulu, Chiok Wai Loong telah memuat naik hantaran berkenaan isu stoking dengan kalimah Allah di media sosial sekali gus menambah ketegangan kontroversi yang sedang berlaku.

Lebih parahnya, dia juga membuat lawak dengan memuat naik stoking dengan gambar wajahnya sebagai respon kepada kecaman netizen terhadap hantaran yang dibuat sebelumnya.

image is not available

Susulan daripada itu, lelaki berkenaan telah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dikelilingi sekumpulan lelaki yang mencarinya kerana tidak berpuas hati dengan komen tersebut.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)