
Sebelum ini, seorang lelaki warga tempatan yang menggunakan akaun Facebook Chiok Wai Loong membuat permohonan maaf di khalayak ramai dengan dikelilingi sekumpulan geng silat susulan komen berbaur penghinaan berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.
Pun begitu, dia yang bekerja sebagai juruteknik aplikasi sosial ditahan polis pada Rabu lalu dan dihadapkan ke mahkamah pagi tadi berhubung kes terbabit.
Dia yang berusia 34 tahun itu telah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah (Siber) Kuala Lumpur, atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.
Artikel berkaitan: Padah Hina Islam Berkenaan Isu Stoking, Rumah Lelaki Mualaf Diserbu Sebelum Diangkut Polis
Artikel berkaitan: “Jika memang tiada rezeki…” – Isu Stoking, Shuib Sedia Undur Diri Sebagai Duta KK Mart
Seorang juruteknik dipenjara enam bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu rangkaian kedai serbaneka, Isnin lepas.
N. Kuvineshwaren / BERNAMA… pic.twitter.com/GZ4WwxKz4T
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 22, 2024
Dia yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 mendakwa hanya menjadi keyboard warrior dan tidak mengetahui kalimah ‘Allah’ yang ditulis menghina agama Islam.
Lelaki itu juga memohon agar tidak dipenjarakan kerana tidak mahu hilang kerja.
“Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi keyboard warrior, saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.
“Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu Tuhan di pelbagai bahagian badan, ingat hanya kecil punya hal, saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina,” rayunya.
Walau bagaimanapun, untuk menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon agar hukuman berat dan setimpal dikenakan.
Selain Chiok Wai Loong, lelaki warga Sabah yang dikenali sebagai Ricky Shane juga dijatuhi hukuman yang sama.
Sumber: Harian Metro
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


