Lelaki Indonesia Cerita Sebab Malaysia Berbeza Dari Negara Lain

20 Aug 2025 • 5:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Indonesia Cerita Sebab Malaysia Berbeza Dari Negara Lain

Baru-baru ini, seorang lelaki Indonesia mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pandangannya tentang mengapa Malaysia berbeza berbanding negara lain.

Video tersebut dikongsikan di TikTok @junforsure, di mana lelaki ini menceritakan pengalamannya selepas dipercayai menetap di Malaysia.

‘Hal kecil’ yang buat dia kagum, respect pada orang kita

Menurutnya, banyak ‘hal kecil’ di sini yang membuatkan dia kagum dan rasa hormat pada rakyat kita.

“Hal-hal kecil di Malaysia sering dianggap biasa oleh orang lokal, tapi justru itu yang membuat aku kagum dan respect.

“Dari orang yang menahan pintu untuk orang di belakang, kasir (juruwang) yang selalu mengucapkan terima kasih, sampai senyum tulus orang tua ketika berpapasan.

“Semua itu kelihatan sederhana, tapi memberi kesan mendalam bagi aku yang tinggal di sini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lelaki ini menekankan bahawa sikap-sikap kecil inilah yang membuatkan orang asing merasa senang dan dihargai di Malaysia.

Dia juga berkongsi pengalaman lucu dan menarik tentang loghat Malaysia.

Kata-kata seperti “lah” atau “jom” yang selalu digunakan rakyat Malaysia pada awalnya kelihatan pelik. Tapi lama-kelamaan membuatkan dia rasa lebih akrab dan selesa.

Selain itu, lelaki ini kagum dengan semangat gotong-royong rakyat Malaysia. Menurutnya, orang ramai tidak segan silu untuk turun padang dan membantu mereka yang memerlukan.

Dia juga memuji budaya menjaga kebersihan yang diamalkan di Malaysia. Katanya, orang ramai terbiasa membuang sampah pada tempatnya, membuat bandar lebih selesa dan teratur.

Tidak hanya itu, katanya, dia juga kagum dengan rasa bangga rakyat Malaysia terhadap identiti negara sendiri.

@junforsure

Hal-hal kecil di Malaysia sering dianggap biasa oleh orang lokal, tapi justru itu yang membuat aku kagum dan respect. Mulai dari orang yang dengan ramah menahan pintu untuk orang di belakang, kasir yang selalu mengucapkan terima kasih, sampai senyum tulus yang diberikan orang tua ketika berpapasan. Semua itu kelihatan sederhana, tapi memberi kesan mendalam bagi aku yang tinggal di sini. Menurut kamu sendiri, hal kecil apa di Malaysia yang paling membuat bangga? Tulis di kolom komentar, aku ingin tahu juga #kualalumpur #malaysia #malaysiatravel #pmimalaysial #tkimalaysia

♬ suara asli – June | Suka Keliling – June | Suka Keliling

“Bagus adab kau ni. Mai Perak aku belanja makan.” – Netizen Malaysia

Menjengah ke ruangan komen di TikTok, ramai warganet Malaysia menyambut baik perkongsian lelaki ini.

Ramai yang berasa bangga melihat Malaysia dihargai, malah ada yang mengucapkan terima kasih atas penghargaan tersebut.

Sebagai rakyat Malaysia, kita patut berbangga kerana negara kita bukan sahaja selamat dan nyaman untuk didiami, tetapi juga mesra dan menarik bagi pengunjung luar.

Sikap positif ini bukan sahaja meningkatkan reputasi Malaysia, malah membuka peluang negara kita lebih dikenali di peringkat global.

Bukankah ini sesuatu yang membanggakan dan baik untuk masa depan negara?