Lelaki Ini Enggan Dilayan Pegawai JPJ Di Kota Kinabalu Atas Alasan Dokumen Terlalu Banyak

6 Jul 2022 • 1:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki ini mendakwa pegawai di JPJ ini melayannya dengan buruk

Lelaki Ini Enggan Dilayan Pegawai JPJ Di Kota Kinabalu Atas Alasan Dokumen Terlalu Banyak. Baru-baru ini, seorang lelaki dari Kota Kinabalu berkongsi rasa tidak puas hati terhadap seorang pegawai JPJ di cawangan Bundusan, Sabah, mendakwa pegawai berkenaan melayannya dengan buruk ketika ingin melakukan urusannya di kaunter pegawai berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu tidak dilayan oleh salah seorang pegawai JPJ terbabit akibat membawa terlalu banyak dokumen.

image is not available
Lelaki Ini Enggan Dilayan Pegawai JPJ Di Kota Kinabalu Atas Alasan Dokumen Terlalu Banyak

Diarah untuk ‘mencari pegawai lain’ bagi membantunya

Menurut Qiau Wei menerusi Facebook, beliau mendakwa bahawa salah seorang pegawai JPJ di JPJ Bundusan telah melayannya dengan buruk ketika hendak melakukan urusannya.

Ia difahamkan beliau telah pergi ke pejabat berkenaan untuk membuat urusan penggantian kenderaan bas pelancongan syarikat milik beliau.

image is not available
Kredit foto: FB Qiau Wei

Katanya, sambil menunggu giliran, beliau menyapa seorang pegawai di kaunter 3 sambil menunjukkan dokumen yang dibawanya untuk urusan kenderaannya.

Namun, beliau terkejut apabila pegawai tersebut melayannya dengan buruk dan mendakwa bahawa pegawai terbabit mengeluarkan kata-kata seperti,

“Ini apa? Kenapa begitu banyak dokumen? Saya tidak mahu tengok. Saya penat. Kamu cari lain orang.”

Apa yang membuatkan Qiau Wei bertambah berang adalah pegawai terbabit berkata semua itu sambil sibuk menggunakan aplikasi WhatsApp di telefonnya.

Lebih memburukkan keadaan, pegawai berkenaan malah melemparkan semula dokumen itu kepadanya.

image is not available
Luahan Qiau Wei mengenai insiden tersebut. Kredit foto: FB Qiau Wei

Netizen tidak berpuas hati dengan layanan pegawai berkenaan

Rata-rata netizen berpendapat pegawai berkenaan tidak sepatutnya memperlakukan Qiau Wei sebegitu dan harus bersikap profesional.

Malah, terdapat juga netizen yang berpendapat pegawai terbabit tidak ikhlas membuat kerja dan hanya “memakan gaji buta.”

image is not available
Kredit foto: FB Qiau Wei

image is not available
Kredit foto: FB Qiau Wei

image is not available
Kredit foto: FB Qiau Wei

image is not available
Kredit foto: FB Qiau Wei

image is not available
Kredit foto: FB Qiau Wei

Walaupun anda mempunyai masalah peribadi, tolong jangan sampai tempias kepada orang lain yang tiada kaitan. Kerja adalah kerja, dan setiap orang mesti bertindak profesional setiap kali berada di tempat kerja. Semoga pegawai terbabit diambil tindakan kerana etika kerjanya yang lemah dan kejadian seperti ini tidak berulang lagi kepada orang lain.

Kemaskini – pegawai JPJ dan pengadu ini sudah saling memaafkan dan berdamai: