Pegawai JPJ Dituduh Malas Sudah Memohon Maaf, Berdamai Dengan Pengadu

6 Jul 2022 • 3:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Akhirnya berdamai juga…

Pegawai JPJ Dituduh Malas Sudah Memohon Maaf, Berdamai Dengan Pengadu. Baru-baru ini, seorang pegawai JPJ dari JPJ Bundusan mendapat kecaman selepas dia didakwa enggan melayan lelaki ini atas alasan dokumen terlalu banyak.

Setelah pengadu berkongsi pengalaman tersebut menerusi Facebook, netizen berang dengan sikap pegawai JPJ terbabit yang tidak berprofesionalisme. Namun, baru-baru ini ia diketahui lelaki yang pada asalnya viral pegawai JPJ berkenaan dan pegawai JPJ itu akhirnya telah berbuat baik.

image is not available
Pegawai JPJ Dituduh Malas Sudah Memohon Maaf, Berdamai Dengan Pengadu

Saya telah berjumpa dengan pihak atasan serta pegawai tersebut,” – Qiau Wei

Dalam kemas kini terbaharu pengadu, Qiau Wei, beliau berkongsi di Facebook bahawa beliau baru-baru ini pergi ke pejabat JPJ Bundusan untuk bertemu dengan pihak atasan dan pegawai JPJ berkenaan.

Menurutnya, pegawai JPJ tersebut memohon maaf kepadanya dan Qiau Wei berkata beliau pun memaafkannya, serta bersetuju untuk memadamkan posting sebelum ini yang tular.

image is not available
Kredit foto: FB Qiau Wei

image is not available
Qiau Wei bersama pegawai JPJ berkenaan dan anggota/pegawai JPJ lain. Kredit foto: FB Qiau Wei

It’s a good thing kedua-dua pihak yang terlibat telah mencapai penyelesaian secara aman. Semoga kejadian ini tidak berulang lagi!

Sebelum mereka berdamai, pengadu menularkan pegawai JPJ berkenaan kerana kelakuannya yang tidak profesional. Cerita asal di sini:

Lagi di sini: