Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Peribadi Ketika Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia

Entertainment
2 Oct 2022 • 12:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dunia bolasepak dikejutkan dengan kejadian tragis di Indonesia dimana 127 nyawa terkorban dalam rusuhan ketika perlawanan Liga 1 Indonesia di Stadium Kanjuruhan, Malang semalam.

image is not available

Rusuhan tercetus antara penyokong kedua-dua kelab bolasepak, Arema FC dan Persebaya Surabaya sebaik selesai perlawanan. Tampil berkongsi detik cemas ketika rusuhan berlaku, seorang pengguna Twitter menceritakan pengalamannya untuk pengetahuan umum. Ikuti untaian tweet @RezqiWahyu_05 dibawah.

image is not available

 

Perlawanan bermula baik

Segalanya bermula baik ketika sepak mula dijalankan. Kedua-dua pasukan memberikan persembahan terbaik untuk membolot 3 mata dalam perlawanan itu.

image is not availableBuah-buah rusuhan mula tercetus apabila penyokong mula membaling objek ke arah satu sama lain. Namun pihak berkuasa berjaya menenangkan keadaan.

image is not availableSelesai perlawanan, namun penyokong masih tidak berpuas hati. Barisan kejurulatihan pasukan Arema memohon maaf kepada penyokong mereka.

image is not availablePenyokong mula memasuki padang untuk meluahkan rasa kecewa atas kekalahan kepada barisan kejurulatihan. Objek dilempar ke dalam padang. Walau bagaimanapun, pemain diiring masuk ke bilik persalinan bagi tujuan kesalamatan.

image is not availableRusuhan tercetus apabila pihak berkuasa menggunakan kekerasan bagi mengawal penyokong yang semakin ramai masuk ke dalam padang.

image is not availablePihak berkuasa bertindak menyembur gas pemedihmata ke arah penyokong. Keadaan mula panik dan semua penyokong bergegas mencari pintu keluar yang sudah mula padat.

image is not availableGas pemedih mata ditembak dari pelbagai arah untuk meredakan keadaan. Penyokong yang terkesan dilihat tidak sedarkan diri dan pengsan di perkarangan luar stadium.

image is not availableSituasi cemas dengan teriakan dan tangisan kedengaran diluar dan dalam stadium akibat penyokong yang panik dan mula tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa yang gagal mengawal keadaan.

image is not availableRamai yang terkesan dengan peristiwa hitam ini. Tiada ada yang boleh diganti dengan kehilangan nyawa orang kita sayang.

Harap pihak berkuasa dapat memberikan penjelasan tuntas atas tindakan mereka yang menyebabkan 127 nyawa terkorban.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.