Lelaki Iring Uncle Sesat Tak Pandai Guna Waze Hingga Tiba Ke Destinasi Raih Pujian [Video]

29 May 2026 • 2:34 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Lelaki Iring Uncle Sesat Tak Pandai Guna Waze Hingga Tiba Ke Destinasi Raih Pujian [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Meskipun kini kita hidup dalam zaman teknologi yang semakin maju, tak dinafikan masih ada segelintir kumpulan yang tidak tahu menggunakannya seperti warga emas.

Malah ada yang meminta agar anak-anak untuk membawa mereka ke suatu tempat yang baharu bagi menggunakan aplikasi penunjuk arah seperti waze.

Uncle minta bantu ke lokasi kerana tak pandai guna waze

Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga rider motosikal turut mempunyai pengalaman sama apabila dia secara tiba-tiba ditegur oleh seorang uncle untuk menunjukkannya arah ke destinasi yang ingin ditujui.

Menerusi video dimuat naik oleh Aiman Rukhie di Threads, awalnya kelihatan pakcik itu telah datang ke arah motosikal Aiman dan memaklumkan dia sesat dan tidak pandai menggunakan aplikasi Waze.

Ekoran itu, dia kemudian meminta agar Aiman membawanya ke lokasi yang ingin ditujui. Aiman lalu mencadangkan agar dia menulis alamat destinasi tersebut di dalam telefon bimbit pakcik berkenaan.

Namun warga emas itu sekali lagi memaklumkan dia sememangnya tidak pandai untuk menggunakan aplikasi berkenaan dipercayai mungkin kerana dia tidak mahir untuk melihatnya.

Tawar bayar duit minyak jika sudi bantu iringi ke lokasi dituju

Malah pakcik itu turut menawarkan mahu membayar duit minyak motosikal Aiman asalkan dia sudi membantunya ke lokasi tersebut.

Mungkin kasihan melihat warga emas tersebut, Aiman lalu mula menaip lokasi yang terletak di Puchong, Selangor di aplikasi navigasinya. Sebaik keluar sahaja arahan untuk ke destinasi itu Aiman kemudian meminta pakcik berkenaan mengekorinya dari belakang.

Kelihatan pakcik itu dengan segera memberikan wang tunai kepada Aiman dipercayai untuk membayar duit minyaknya.

Melihat Aiman enggan mengambil wang berkenaan dia lalu meletakkan duit tersebut di atas meter motosikalnya.

Aiman lalu membawa warga emas tersebut sehingga sampai ke destinasinya, turut dipercayai pakcik itu ke lokasi berkenaan untuk menghantar barangannya.

Sempat berseloroh, pakcik tersebut mungkin CEO yang sedang menyamar

Sewaktu dalam perlajalanan turut kedengaran Aiman sempat berseloroh dengan rakannya, Fazwan yang mengekori belakang kereta pakcik tersebut apabila mengatakan pakcik itu mungkin CEO yang sedang menyamar.

Sebelum beredar kelihatan mereka bersalaman dan Aiman dengan segera cuba menyelitkan wang yang diberi oleh pakcik berkenaan ke dalam tangannya.

Pulang semula wang yang diberikan kepada pakcik tersebut

Namun menyedari perkara itu, dia segera menarik tangannya kerana tidak mahu Aiman memulangkan duit tersebut.

“Saya tak nak uncle, saya tak nak,” katanya. Aiman kemudian meletakkan duit tersebut di tepi pintu pakcik berkenaan dan segera berjalan ke hadapan sedikit agar pakcik itu tidak dapat memulangkan semula wang itu.

Turut kedengaran pakcik itu awalnya seperti kecewa apabila Aiman tidak mahu mengambil wang yang diberi dan mengucapkan terima kasih kerana telah menghantarnya ke destinasi tersebut.

View on Threads

Ramai terhibur dengan gurauan CEO yang menyamar dan berterima kasih kepada Aiman kerana sudi bantu

Melihat di ruangan balas, ramai yang terhibur dengan gurauan Aiman serta berterima kasih kepadanya kerana sudi membantu warga emas berkenaan.

Tidak kurang ada juga yang turut serta berseloroh pakcik itu mungkin CEO yang menyamar mempunyai kekayaan sebanyak 10 bilion.

Ada juga yang suka melihat kerharmonian dan hubungan perpaduan di antara mereka yang saling bantu-membantu.

“Hahaha CEO yang menyamar, mesti banyak tengok drama Cina”

Image from: Lelaki Iring Uncle Sesat Tak Pandai Guna Waze Hingga Tiba Ke Destinasi Raih Pujian [Video]

“Uncle ni ialah Uncle Zhang CEO yang menyamar mempunyai harta 10 billion”

Image from: Lelaki Iring Uncle Sesat Tak Pandai Guna Waze Hingga Tiba Ke Destinasi Raih Pujian [Video]

“Inilah dia adab rakyat Malaysia yang prihatin saling membantu tidak mengira bangsa dan agama”

Image from: Lelaki Iring Uncle Sesat Tak Pandai Guna Waze Hingga Tiba Ke Destinasi Raih Pujian [Video]

“Sayar terhibur part CEO yang menyamar”

Image from: Lelaki Iring Uncle Sesat Tak Pandai Guna Waze Hingga Tiba Ke Destinasi Raih Pujian [Video]
View Original Article