Lelaki Islam Tular Didakwa Jalankan Ritual Agama Lain Telah Ditahan Bersama Ibu – JAIS

13 Oct 2026 • 6:34 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Lelaki Islam Tular Didakwa Jalankan Ritual Agama Lain Telah Ditahan Bersama Ibu – JAIS

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial perkongsian warganet mengenai tindakan seorang lelaki beragama Islam yang menjalankan ritual agama lain.

Menerusi hantaran tular, beberapa imej turut dimuat naik memaparkan diri lelaki berkenaan dipercayai melakukan ritual antaranya seperti mencucuk lidah dan pipi dengan trisula Hindu serta memakai terompah paku ketika menaiki tangga kuil dipercayai pada Hari Thaipusam.

Hantaran itu nyata mendapat perhatian termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang kemudiannya menyelaras isu berkenaan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Baca Artikel Berkaitan: Tular Remaja Melayu Didakwa Buat Ritual Bukan Islam, JAKIM Jalankan Siasatan

JAIS Tahan Lelaki Islam Didakwa Buat Ritual Agama Lain

Terbaharu, JAIS mengesahkan seorang lelaki Islam yang dikenali sebagai Aliff Daniel telah ditahan kerana disyaki melakukan ritual agama lain.

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, lelaki yang berusia 21 tahun itu ditahan bersama ibunya yang berusia 52 tahun di Kuala Lumpur pada tengah hari tadi.

“Penahanan dibuat melalui waran tangkap bersaling (tindakan bersaling) yang dikeluarkan Mahkamah Rendah Shah Alam dan dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Kedua-dua Orang Yang Disyaki (OYDS) kini sedang disiasat oleh JAIS mengikut Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Berdasarkan risikan selepas kes membabitkan OYDS ini tular, JAIS juga dijangka akan memanggil sekurang-kurangnya 14 individu lain bagi membantu siasatan,” katanya.

JAIS Pandang Serius Isu Berkenaan, Pastikan Tindakan Diambil Mengikut Undang-Undang

Jelas Mohd Shahzihan, pihaknya memandang serius isu berkenaan malah akan memastikan setiap tindakan yang bakal diambil mengikut kuasa, undang-undang dan fakta kes.

Sebelum ini, JAIS mengesahkan pihaknya telah memulakan siasatan berhubung hantaran tular mengenai tindakan individu terbabit yang dipercayai melakukan amalan atau ritual agama bukan Islam dan menyalahi hukum syarak.

Selain tular melakukan amalan agama lain, pemuda itu juga didakwa mengakui dirinya sebagai seorang pawang selain boleh menjampi pesakit menggunakan mantera Siam serta meruqyah pesakit dengan zikir.

Baca Artikel Berkaitan:

Tular Remaja Melayu Didakwa Buat Ritual Bukan Islam, JAKIM Jalankan Siasatan
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved