Lelaki 'Jual' Teman Wanita 17 Kali Demi Biayai Majlis Kahwin

1 Aug 2025 • 10:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang lelaki tergamak menjual teman wanitanya sebanyak 17 kali kepada lelaki hidung belang semata-mata untuk mengumpul wang bagi membiayai majlis perkahwinan mereka.

Suspek berusia 26 tahun itu, yang hanya dikenali sebagai K, telah ditahan polis di Cikarang Timur, Bekasi selepas dipercayai memperdagangkan teman wanitanya, DAA, 25 tahun.

Menurut Ketua Polis Cikarang Timur, AKP Sugiharto, suspek memujuk mangsa dengan janji akan mengahwininya, namun mendakwa tidak mempunyai wang mencukupi.

“Disebabkan itu, suspek mula menawarkan mangsa melalui aplikasi janji temu kepada pelanggan lelaki, dengan bayaran sekitar 500,000 rupiah (RM130) setiap pertemuan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Difahamkan, pasangan itu mula berkenalan sejak enam bulan lalu, namun kegiatan menjijikkan tersebut telah dilakukan sejak dua bulan kebelakangan ini.

Mangsa pula terpaksa akur selepas diugut dan didera oleh suspek sekiranya enggan menurut perintah.

“Kalau mangsa menolak, suspek akan memukul dan mencederakannya,” jelas Sugiharto.

Tidak tahan dengan penderaan yang berterusan, mangsa akhirnya tampil membuat laporan polis yang didaftarkan dengan nombor rujukan LP/D/16/VI/2025/Polsek Cikarang Timur.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved