Lelaki kantoi curang malam CNY, bawa perempuan lain naik kereta teman wanita

LocalEntertainment
31 Jan 2025 • 10:12 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Lelaki kantoi curang malam CNY

Tular di media sosial seorang lelaki kantoi curang malam CNY dan membawa kekasih gelapnya berjalan-jalan menggunakan kereta teman wanitanya.

Menerusi satu hantaran di TikTok, iqwaa_ telah memuat naik video memaparkan dirinya yang merupakan sahabat kepada wanita yang dicurangi menangkap teman lelaki rakannya bersama seorang perempuan lain dalam kereta.

Lelaki kantoi curang malam CNY pakai kereta girlfriend

@iqwaa_

malu la bang buat keje tak clean malam cny ni , dahla pakai fon gf , kete pun gf punya , lahh kantoi bawak cikaro @ISYA #curang #kuantan

♬ original sound - -

Apa yang lebih menyakitkan, wanita tersebut juga membenarkan teman lelakinya untuk menggunakan telefon bimbitnya namun dibalas dengan kecurangan.

Pada video tersebut juga, kelihatan lelaki tersebut membawa rakannya sendiri namun disuruh duduk di bahagian belakang kereta, manakala gadis yang didakwa menjadi teman curangannya duduk di bahagian hadapan.

“Pakai kereta girlfriend, kau bawak perempuan lain. Telefon girlfriend pun kau ambik, lepastu bawa perempuan lain. Bawa kawan lagi,” kata individu yang memuat naik video itu.

Lelaki kantoi curang malam CNY

image is not available image is not available

Lelaki itu kemudian beralasan dia membawa gadis tersebut kerana perlukan teman untuk menghantar ibunya ke terminal bas.

Mendengar jawapan itu, wanita yang dicurangi itu mulai menangis dan menjerit meminta keretanya dipulangkan sekarang juga.

Wanita itu juga mula memarahi gadis yang berada di dalam keretanya itu, namun dia ditenangkan oleh rakannya yang berkata perempuan tersebut tidak bersalah.

“Bukan salah perempuan ni, lelaki tu yang gatal,” kata individu yang mengambil rakaman tersebut.

Wanita tersebut kemudian membuka pintu kereta itu dan menyuruh kedua-dua teman lelakinya dan gadis curangan itu untuk keluar dari kenderaannya sambil menangis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan lelaki tersebut yang disifatkan tidak tahu malu kerana menggunakan barang-barang teman wanitanya untuk berlaku curang.

Lelaki kantoi curang malam CNY, tak malu pakai kereta girlfriend

image is not available

image is not available

Malunya….

image is not available

Kalau nak curang, bijak sikit

image is not available

Sementara itu, menerusi tinjauan ke akaun iqwaa_, wanita yang dicurangi itu memaklumkan dia berjaya mengambil semula keretanya dan teman lelakinya bersama wanita curangan balik tanpa bantuan mereka.

image is not available

Macam-macam la, tak malu ke curang pakai kereta girlfriend??

Sumber: TikTok iqwaa_