Dua rakan cedera kereta masuk gaung

29 Jan 2025 • 2:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki dan wanita cedera apabila kereta dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi lima meter berhampiran Batu 7, Jalan Pahang, Tapah pada Rabu. Foto JBPM Perak

IPOH - Seorang lelaki dan wanita cedera apabila kereta dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi lima meter berhampiran Batu 7, Jalan Pahang, Tapah pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira jam 11.11 pagi daripada orang awam.

"Setiba di tempat kejadian, pihak kami mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah terbabas dan jatuh ke dalam gaung.

"Mangsa yang berusia 21 dan 20 tahun mengalami cedera ringan dan telah dibantu orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pasukan bomba telah melakukan pemantauan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan keadaan kembali selamat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved