Lelaki ‘Kantoi’ Rakam Wanita Mandi, Mengaku Salah Simpan Bahan Lucah

LocalEntertainment
6 Nov 2024 • 1:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang ahli perniagaan produk kecantikan baru-baru ini telah mengaku bersalah kerana mengakses dan menyimpan bahan lucah.

Menerusi laporan Harian Metro, suspek iaitu Chai Kien Tung telah didenda sebanyak RM4,600 oleh Mahkamah Majistret.

Suspek berada di mahkamah

image is not available

Difahamkan Chai akan berdepan hukuman penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Chai telah didakwa kerana menyimpan bahan lucah dalam dua telefon bimbit dan kesalahan itu dilakukan di sebuah kondominium di Kota Bayuemas kira-kira 12.10 tengah malam, semalam.

Mengikut fakta kes, mangsa ternampak telefon bimbit dari atas menghala ke arahnya ketika mandi di sebuah tandas.

Mangsa kemudian berjumpa dengan pihak pengurusan kondominium untuk memeriksa kamera litar tertutup.

Selepas diperiksa, didapati tertuduh telah lari keluar dari tandas berkenaan. Mangsa mengesyaki tertuduh telah mengambil videonya ketika mandi dan mangsa membuat laporan polis.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved