Lelaki kempunan upah seludup peralatan sukan

LocalPolitics
19 Nov 2024 • 10:14 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki 'kempunan' upah sebagai penghantar untuk menyeludup peralatan sukan bernilai RM43,200. Foto PGA

image is not available
Kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dimana suspek dan kesemua barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya. Foto PGA

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki dipercayai tidak sempat menikmati upah sebagai penghantar untuk menyeludup peralatan sukan bernilai RM43,200 selepas dicekup Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu di pangkalan haram Pohon Jambu di sini pada Isnin.

Perbuatan suspek berusia 23 tahun itu berjaya dikesan oleh anggota semasa penugasan Op Taring Wawasan apabila menahan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada jam 9.30 malam.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan di dalam kenderaan terbabit telah menemukan pelbagai peralatan sukan tanpa dokumen sah.

"Kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dimana suspek dan kesemua barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya," katanya pada Selasa.