
Zaman sekarang ni, banyak kisah cinta yang bermula di aplikasi sosial. Tapi kalau dah berpunya, kenapa masih sibuk cari kenalan baru?
Itu yang membuatkan ramai netizen panas hati selepas tular video seorang gadis bermesra dengan lelaki lain, sedangkan dia sebenarnya sudah ada teman lelaki.
Wanita ditangkap ‘dating’ dengan lelaki lain
Menerusi satu video yang dimuat naik, seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa apabila kekasih yang disayangi rupa-rupanya curang.
Dia melihat sendiri kekasihnya duduk berdua-duaan dengan lelaki lain di tepi pantai dan kemudian membonceng motosikal bersama lelaki itu.
“Adik I pun kena tipu, dia kenal dari Omi je”
Kejadian ini rupa-rupanya ada plot twist apabila lelaki tersebut dikatakan tidak tahu gadis yang dikenalinya di aplikasi OMI sudah berpunya.
Penjelasan mengenai hal sebenar dibuat seorang wanita yang mengaku kakak kepada lelaki di dalam video viral itu.

Malah katanya lagi, kejadian malam tu sebenarnya bermula apabila mereka diserang secara tiba-tiba ketika sedang lepak di Klebang.
Adiknya hanya mampu diam kerana tak tahu gadis itu sudah berpunya.
I tanya adik mana kenal budak perempuan tu, adik i jawab dari ‘Omi’. Adik i bukan jenis nak berkawan sesuka hati. Dia sendiri blur masa kena serang sebab tak tahu apa-apa. Kalau tahu perempuan tu dah ada boyfriend, dia takkan layan pun.
Kakak lelaki itu menegaskan dia tidak akan menerima atau pertahankan perbuatan curang. Menurutnya, sekali orang sanggup curang, susah nak percaya balik.
Kalau budak perempuan tu ternampak komen ni, I harap dia faham. Sekali you dah curang, you tetap akan curang. Kalau you betul setia, you takkan khianat boyfriend you.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dengan netizen rata-ratanya menyalahkan gadis berkenaan kerana tidak jujur dalam perhubungan.
Ramai juga simpati dengan lelaki yang dikatakan tak tahu-menahu langsung status sebenar gadis itu.
Pssttt! Aduhai, kalau dah berpunya tu tolonglah setia ya. Jangan nak test market pula.
Kredit: TikTok @hafizzynaim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.
