Lelaki Kerja Rider Tak Boleh Jadi Pasangan, Kenyataan Gadis Ini Undang Perdebatan

Entertainment
2 Jul 2023 • 11:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada zaman dengan ekonomi yang tidak menentu ini, ramai yang memilih untuk bekerja di sektor ekonomi gig. Ekonomi gig merujuk kepada pekerjaan yang dilakukan secara bebas iaitu tanpa perlu bergantung kepada mana-mana majikan atau syarikat.

Antara contoh pekerjaan gig ialah penghantar makanan, pemandu e-hailing dan pekerja sambilan.

Kerja rider tak boleh jadi pasangan

Baru-baru ini, seorang wanita ada berkongsikan sebuah video di akaun TikTok miliknya berkenaan ciri-ciri lelaki yang dia tidak akan terima menjadi pasangan.

Menurut gadis ini, faktor utama yang menjadi kayu pengukur ialah pekerjaan lelaki itu sendiri. Sambungnya lagi, dia tidak akan menerima seseorang lelaki itu menjadi pasangan jika lelaki tersebut bekerja sebagai penghantar makanan, pekerja kilang, pekerja stesen minyak dan mereka yang bekerja ‘shift’.

Bagaimanapun, lelaki yang bekerja shift hanya akan diterima jika dia bekerja sebagai anggota polis.

Undang perdebatan warganet

Video tersebut ternyata mendapat perhatian ramai warganet yang mempunyai pendapat pelbagai tentang isu ini.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet kurang bersetuju dengan kenyataan gadis ini yang seolah-olah menghukum seseorang berdasarkan pekerjaan mereka sahaja.

Menurut seorang individu, wanita tidak patut menjadikan status pekerjaan seseorang lelaki itu sebagai kriteria untuk dijadikan pasangan. Sebaliknya, mereka harus melihat jika lelaki tersebut ialah seorang yang rajin mencari rezeki dan tidak berkira dengan pasangan.

“Betul la tu ada hak nak memilih. Tapi kena sedar juga level diri kita dulu sebelum nak memilih”, tulis seorang individu menasihati gadis tersebut.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.