
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan setiap individu pastinya mengimpikan kehidupan yang senang dan selesa. Namun semua itu tidak datang bergolek tanpa usaha.
Malah untuk mengecapi perkara itu ia memerlukan usaha yang gigih bermula daripada kecil sehinggalah dewasa serta bijak dalam berbelanja.
Jika dahulu ada menyifatkan kehidupan selesa hanya dapat dinikmati oleh mereka yang berada dalam industri profesional namun sebenarnya ia semua datang dari hasil usaha keras.
Tidak kira pekerjaan apa yang dilakukan selagi ia halal dan tidak melanggar undang-undang semua individu boleh hidup senang dan selesa asalkan berusaha.
Lelaki kongsi bagaimana kerja rider Grab sehingga boleh beli rumah RM1.4 juta di Johor Bahru
Baru-baru ini seorang lelaki yang juga bekerja sebagai rider Grab telah berkongsi mengenai kerjayanya dan bagaimana dia mampu membeli sebuah rumah mewah bernilai RM1.4 juta di Johor Bahru.
Menerusi video yang dikongsikan dalam channel YouTube, lelaki yang dikenali sebagai Afiq Zayany memaklumkan dia telah berpindah dari Singapura ke Johor Bahru dan memilih untuk menunggang sejauh 250 kilometer setiap hari sebagai rider penghantar makanan.
Menurut Afiq, sempadan Johor-Singapura atau juga dikenali sebagai ‘Tambak Johor’ merupakan sempadan paling sibuk di dunia. Ini kerana sekitar 300,000 sehingga 450,000 individu yang masuk ke Singapura pada setiap hari untuk bekerja.
Jelas Afiq, antara sebab dia memilih untuk berpindah ke Johor Bahru adalah:
- Sewa rumah yang lebih murah. Malah dia turut membezakan jumlah kos sewa rumah di Singapura dan Johor Bahru yang jauh lebih jimat dengan ruang besar.
- Minyak yang lebih jimat berbanding di Singapura. Jelasnya jika di Singapura dia perlu membayar sebanyak RM89 namun jika di Malaysia, ia hanya RM24.80 untuk seminggu bagi perjalanan 250 kilometer setiap hari.
- Makanan yang lebih sedap, kerana ia mempunyai rasa rempah dan sebagainya yang lebih enak.
- Standard kehidupan dari segi membeli barangan dapur, utiliti, membeli-belah, kereta adalah jauh lebih jimat.
- Rasa lebih gembira berbanding di Singapura, kerana kurang tekanan, lebih kebebasan, keadaan yang tidak sesak serta tenang.
Kongsi kelebihan bekerja sebagai rider Grab
Dalam masa sama Afiq turut berkongsi dia memilih menjadi rider Grab kerana dapat menentukan jadualnya sendiri selain menjadi bos kepada diri sendiri.
Selain itu dia juga merasakan ia adalah fleksibel dan bayaran yang diterima adalah memuaskan kerana bekerja dalam tempoh yang pendek namun mempunyai pulangan besar.
“Saya bekerja dari 9 pagi hingga 3 petang setiap hari dan saya mendapat sekitar S$4,000 (RM13,200) – S$6,000 (RM19,800) ia bergantung bagaimana saya bekerja namun ia sekitar jumlah itu.
“Ia sedikit sukar untuk saya mencari kerja pejabat yang boleh membayar gaji sebegitu dengan tempoh waktu bekerja yang pendek,” katanya.
Walau bagaimanapun Afiq sedar ia bukanlah satu pekerjaan yang boleh dilakukan dalam tempoh yang panjang namun dia merasakan pekerjaan itu bagus untuk dilakukan bagi sesiapa yang melalui tempoh peralihan sebagai contoh pelajar atau bekerja.
Jumlah pendapatan sebulan sekitar RM20,000 dan lebih
Dalam satu lagi video yang dikongsikan, Afiq juga berkongsi bagaimana dia boleh mendapat pendapatannya sebagai rider Grab di Singapura.
Jelasnya setiap hari dia mengambil sebanyak 25 pesanan dan mendapat sekitar S$200 (RM660) bagi tempoh enam hingga tujuh jam.
Dengan melakukan perkara itu, ia secara tidak langsung membolehkannya untuk mendapat pendapatan sebanyak S$6,000 (RM19,902) hingga S$7,000 (RM23,219.96) setiap bulan.
Katanya lagi dia juga bekerja setiap hari kecuali jika mempunyai sebab untuk tidak bekerja seperti bercuti dan sebagainya.
Nasihat sesiapa yang nak jadi rider perlu ada disiplin
Dalam masa sama, Afiq juga memberi nasihat jika ada yang ingin membuat pekerjaan sama untuk mendapatkan motor yang baik selain perlu mempunyai disiplin untuk mencapai matlmat.
Meskipun bekerja sendiri namun mereka juga perlu konsisten dengan apa yang dilakukan.
Pekerjaan yang dilakukan ini juga membolehkan Afiq membeli sebuah rumah berharga RM1.4 juta di Forest City, Johor Bahru.



![Aksi Pak Guard Campak Makanan Pelanggan Walau Hanya 2 Minit Ditinggal Rider Raih Pelbagai Reaksi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)