Buat Peminat Kustom & Counter Culture, AOS 2025 Bakal Kembali Lagi!

3 Jul 2025 • 5:10 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pasti ramai yang mengetahui tentang Art of Speed (AOS) Malaysia bukan? Kalau masih ada yang tak tahu, AOS ini merupakan acara tahunan terbesar Malaysia yang mensajikan pelbagai pertunjukan dan pameran berkaitan budaya Kustom dan Counter Culture.

Haa kalau korang salah seorang yang berjiwa budaya sebegini, ada berita baik, AOS 2025 akan kembali lagi.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, ia akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 26 hingga 27 Julai ini bermula jam 10 pagi hingga 7 petang.

image is not available
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Ruang acara bagi AOS ini adalah seluas 452,084 kaki persegi dan kawasan luar seluar 320 ekar, setiap dewan yang ada dalam MAEPS akan digunakan untuk menampilkan pelbagai pameran serta aktiviti-aktiviti menarik buat para pengunjung.

Tetamu Antarabangsa & VIP

Antara tetamu khas daripada komuniti dan media antarabangsa yang bakal hadir termasuk:

  1. Shige Suganuma, Hiro “Wildman” Ishii & Hey Murakamii dari MOONEYES – Jepun
  2. Brendon Vetuskey – Pereka Produk Hot Wheels, Amerika Syarikat
  3. Darren McKeag (McKeag Art) – Amerika Syarikat
  4. Mark Hawwa dari The Distinguished Gentleman’s Ride – Australia
  5. Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon – Jepun
  6. Masa Sugihara dari Luck MC – Jepun
  7. Ben Forster dari Benflathead – Australia
  8. Scott Johnson dari Pipeburn – Australia
  9. Gussan dari 2%er – Jepun
  10. Kustomstyle – Jepun
  11. Side Yakotani – Jepun 
  12. Banzai Racing Equipment – Jepun
  13. StanceNation – Jepun
  14. AmeriFest – Jepun
  15. GokurakuDezign – Taiwan
  16. Ken Takabayashi (Ken The Flattop) – Jepun
  17. Choppajoop – Singapura
  18. SixtySick Paintlab – Indonesia (kumpulan terdiri daripada 20 artis pinstripe)
  19. Fahmi Freeflow – Indonesia 
  20. Mill Art – Indonesia 
  21. Irvine Jasta – Indonesia
  22. Bangkok Hot Rod Show – Thailand
  23. MOONEYES Bangkok – Thailand
  24. Kustomanila – Filipina
  25. Borneo Kustom Show – Brunei
  26. BBQ Ride – Indonesia
  27. Wicked Wallop – Singapura
  28. 645 Magazine – Indonesia

Kraf Kustom

Dari Jepun ke Malaysia, AOS akan membawakan tiga motosikal ubah suai buatan tangan yang hebat ke acara kali ini.

  1. Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon dengan motosikal BMW R18 “Ground 0”, yang dibina pada tahun 2023 sempena ulang tahun ke-100 BMW.
  2. Masa Sugihara dari Luck MC dengan custom Harley-Davidson Knucklehead chopper yang menampilkan reka bentuk aerodinamik dengan gaya minimalis yang dikenalinya.
  3. Ben Forster dari Benflathead, seorang pembina kustom lagenda dari Australia, dengan motosikal Harley-Davidson Flathead hasil sentuhan khasnya sendiri.

Kalau korang berjiwa dua roda, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri tiga jentera kustom unik dari Jepun ini di AOS 2025!

Baharu di AOS 2025!

AOS ini ada peminat setia, tapi tak akan tiap-tiap tahun datang nak tengok benda sama. Jangan risau! AOS sentiasa menyediakan sesuatu yang baru untuk para pengunjung dan peminat.

Untuk AOS 2025 ini, acara terulung itu akan memperkenalkan World of Wheels (WOW) yang dibawakan khas oleh MotorTakaful.com iaitu sebuah segmen istimewa Show & Shine di Hall A.

Selain itu, terdapat juga studio fotografi kereta berkonsepkan sistem truss di kawasan luar serta studio foto dalaman untuk segmen motosikal Show & Shine, bagi memberi pengalaman fotografi berkualiti tinggi kepada para pemilik kenderaan.

Tidak hanya itu, AOS 2025 ini juga bakal menampilkan lima kolaborasi baharu iaitu:

  1. Art of Speed x Hot Wheels Collection
  2. Art of Speed x FK – memperkenalkan rekaan kasut terbaharu
  3. Art of Speed x High Cultured, jenama streetwear tempatan
  4. Art of Speed x XOCKS
  5. Art of Speed x MOONEYES – meraikan satu dekad kecemerlangan

Bagi pengumpul dan peminat Hot Wheels pula, Hot Wheels Collectors Convention Malaysia ke-3 (HWCCM) memperkenalkan kereta edisi konvensyen “kiri & kanan” pertama di Asia Tenggara.

Dewan C tahun ini akan memperkenalkan segmen baru iaitu Collectible Alley iaitu lokasi pameran dan jualan baru yang akan memperkenalkan pelbagai jualan diecast dan barangan koleksi kenangan.

Satu kolaborasi bersama negara jiran turut bakal berlangsung dengan kehadiran kereta dari sana, bersama program “BEETLE BATTLE” anjuran Volkswagen Beetle Club Indonesia. Ia merupakan satu acara pengenalan yang mengetengahkan semangat persahabatan antara Malaysia dan Indonesia, diterajui oleh Denny Kusumah.

The Car Club Gathering pula akan mengisi Laman Tiba (kawasan luar) dan kawasan parkir berhampiran Dewan A. Malah, gerbang masuk ikonik AOS juga akan diberi nafas baharu tahun ini!

image is not available

Aktiviti Tambahan AOS 2025

  1. Santai Scooterist – Perhimpunan mega pemilik skuter
  2. Perhimpunan kelab kereta moden dan klasik termasuk Alfa Romeo (AROCM), K-Car, Porsche Owners Club dan banyak lagi.
  3. Roda Rumble 2025 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang disokong oleh Retro Mania.
  4. Medan Selera – Barisan vendor makanan dan trak makanan kekal di kawasan luar dewan!
  5. Payung Kopi – Zon santai dengan kopi dan pastri, terletak berdekatan pintu masuk Dewan D.
  6. Flea Market Automotif .
  7. Pelancaran produk atas pentas utama.
  8. Sampel makanan percuma oleh Corntoz Mamee .
  9. Pertunjukan fesyen oleh Sunburst Tribe di dalam Dewan D.
  10. Moto4sale, platform komuniti untuk membeli, menjual dan menukar motosikal di bawah 500cc, secara langsung di AOS 2025.
  11. Backdoor Soundsystem Collective – Kini ditempatkan di luar, bertentangan dengan Payung Kopi untuk menghiburkan pengunjung sepanjang hujung minggu.
  12. Zon Uji Tunggang – Sertai sesi test ride daripada jenama hebat seperti Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, Thunder dan banyak lagi.

Aura Muzik Terkini

Untuk peminat muzik, SoundCircus Takeover 2025 kini tampil dengan suasana baharu yang menampilkan barisan artis hebat seperti:

  • Noh Salleh & Restore Iboe
  • Romantic Echoes
  • Ruffedge
  • Luqman Podolski
  • Sabda Alam
  • Fugo
  • Iqbal M
  • Budak Nakal Hujung Simpang
  • Chronicalz
  • 53 Universe
  • Langkawi Dub Club SoundSystem
  • Mai Tummada dan ramai lagi!

SoundCircus Takeover akan berlangsung pada 26 hingga 27 Julai 2025, di Dewan A dari 2:00 petang hingga 7:00 malam.

image is not available

Kembara Pasport

AOS 2025 memperkenalkan Pasport Pelawat iaitu lawati booth jenama, lengkapkan tugasan ringkas, kumpul 6 cop dan berpeluang memenangi hadiah di Wheel of Speed!

Hadiah memang menarik tau! korang berpeluang dapat tiket perjalanan ke Jepun, Indonesia, Thailand dan banyak lagi.

image is not available
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Beli Tiket Sekarang!

Untuk masa terhad sahaja, Art of Speed (AOS) menawarkan tawaran istimewa Early Bird secara dalam talian untuk Weekend Pass (RM35.00)* dan Sunday Pass (RM40.00)* sementara stok masih ada [DI SINI].

Kanak-kanak bawah 12 tahun dan Pemegang Kad OKU boleh masuk secara PERCUMA.

Semua dewan akan dibuka dari 10:00 pagi hingga 7:00 malam pada kedua-dua hari.

Baharu untuk 2025, AOS memperkenalkan Tiket Valet VIP Parking – dengan RM30.00 sahaja (tunai atau QR pada hari acara), pengunjung boleh meletakkan kereta di Aras Bumi, Dewan D, sah untuk satu hari kemasukan.

Source: