Lelaki Kongsi Apa Yang Dimaksudkan ‘Happiness’ Untuk Manusia [Video]

OpinionLifestyle
20 Feb 2025 • 11:08 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap manusia yang hidup di dunia ini pastinya mempunyai matlamat dan keinginan dalam kehidupan yang dijalani oleh mereka.

Malah antara asas matlamat seseorang pastinya ingin berjaya, mempunyai keluarga serta bahagia di samping orang tersayang.

Namun ada segelintir individu yang adakalanya mencari apakah yang dimaksudkan dengan kebahagiaan atau kegembiraan dalam hidup.

Lelaki kongsi apa yang dimaksudkan ‘happiness’ kepada seseorang manusia

Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi apakah yang dimaksudkan dengan kebahagiaan dalam hidup manusia.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Dr Saifulhaziq Noorman di TikTok, dia meminta beberapa individu di dalam kelasnya untuk melihat satu video yang bertanya kepada ibu bapa serta anak-anak jika diberi peluang dengan siapa mereka ingin makan bersama.

Dalam video ditunjukkan itu, terdapat ibu bapa yang ingin menikmati makan malam bersama selebriti seperti Justin Bieber namun jawapan berbeza diberikan oleh anak-anak apabila mereka ingin makan malam bersama seluruh keluarga dan ibu bapa.

Jawapan yang berbeza ini menunjukkan dua golongan ini mempunyai keinginan yang berbeza kerana semakin individu membesar mereka mempunyai pelbagai gangguan.

Manakala kanak-kanak mempunyai perasaan yang suci dan tahu perkara yang paling penting dalam kehidupan mereka contohnya ibu bapa.

Berdasarkan kajian yang dibuat di Harvard dan Boston

Menurut Dr Saifulhaziq, ddaripada video yang ditunjukkan, dia ingin membawa kepada topik ‘happiness’ berdasarkan satu kajian iaitu Harvard Study of The Adult Development pada tahun 1938.

Kajian itu dilakukan terhadap seorang manusia sehingga individu itu meninggal dunia pada usia 75 tahun.

“Dan sekarang, kajian masih diteruskan. Objektif kajian ini untuk tengok happiness seseorang, ada sekitar 700 responden dan paling best ada dua cohort (kumpulan),” ujar Dr Saiful.

Menurut Dr Saifulhaziq, kajian itu dilakukan terhadap dua kumpulan di berlainan kawasan iaitu Harvard serta Boston pada tahun sama.

Perasaan bahagia datang apabila ada kualiti dalam perhubungan

Hasil daripada kajian dilakukan selama 75 tahun itu adalah untuk melihat apa yang membuatkan responden gembira, adakah kerana pangkat, harta, simpanan dan sebagainya.

Namun rumusan kepada kajian itu mendapati apa yang membuatkan manusia betul-betul gembira adalah kualiti dalam hubungan.

“Kita orang Islam jelas dia ada dua sahaja ‘hubungan baik dengan Allah SWT dan hubung baik sesama manusia’.

“Jadi sebab itu, kalau tak capai kebahagiaan, tengok balik dua kualiti hubungan kita ini. Satu dengan Allah SWT, sejauh mana kita berdoa dan kita betul rasa. Sejauh mana kita solat, kita betul rasa perhubungan tu kan.

“Sebab solat, solat perkataan daripada ‘silah.’ Silah ni penghubung antara kita dengan Tuhan ni, melalui solat. Sejauh mana kita rasa.

“Sebab itu nak bahagia senang je masuk benda ni dulu. Percaya pada saya, sebab tu kalau tengok orang-orang soleh ni, ujian macam mana pun dia sentiasa gembira, dia sentiasa tenang,” ujarnya lagi.

Hubungan antara manusia jadi tidak gembira sebab ada perasaan masih disimpan

Jelasnya lagi, reaksi diberikan oleh individu soleh terhadap ujian dihadapi kerana mereka menjaga hubungan dengan Allah SWT.

“Yang kedua hubungan manusia. Ini antara benda yang common adalah kadang-kadang kita rasa tak happy contoh apabila kita ada tak puas hati dengan orang tu, tapi kita tidak memaafkan.

“Dia tak ada ‘forgiveness’ percayalah orang ni confirm dia rasa tak settle. Dia akan rasa beban. Salah satu antara hubungan manusia ni, masalah dia apabila dia simpan dendam dan dia tak memaafkan.

“Dia tidak akan masuk kepada mode kegembiraan.”

Dia juga turut menjelaskan manusia perlu menggunakan sebaik mungkin waktu untuk beri kualiti kepada satu perhubungan dan menyifatkan akhlak merupakan perkara penting.

Ini kerana akhlak yang baik pastinya akan menunjukkan tingkah laku seseorang apabila bersama dengan individu lain.

“Sebab ada ketika, kalau contoh seseorang ada bersama kita mungkin 30 minit, tapi 30 minit itu adalah waktu yang paling berkualiti kita berikan kepada dia, tengoklah dia akan ingat sampai mati.

“Dan dia akan membuatkan sama ada diri sendiri atau orang itu sangat gembira. Itulah kegembiraan.”

@drsaifulhaziq

“Kebahagiaan bukan tentang wang atau kejayaan, tetapi tentang hubungan yang berkualiti. Kajian Harvard selama 75 tahun membuktikannya! #misimemanusiakanmanusia #servantleadership #humanisinghealthcare

♬ original sound – Dr Saifulhaziq Noorman – Dr Saifulhaziq Noorman

Ramai suka dengan penjelasan Dr Saiful

Melihat di ruangan komen, ramai yang suka mendengar penjelasan diberikan oleh Dr Saifulhaziq mengenai maksud ‘happiness’ kepada manusia.

Malah ada yang mengatakan ia adalah satu perkongsian yang baik kerana Dr Saifulhaziq turut memberikan pandangannya dari sudut agama.

“Straight forward, on point! Penerangan yang ringkas tapi jelas. Semoga perkongsian ini dikembalikan kepada doktor semula dengan semanis-manis keberkatan.”

image is not available

“Ini adalah menarik. Adakalanya terdapat perkara yang menjadi terapi realiti.”

image is not available