Lelaki Kongsi Kenapa Tak Elok Jemur Baju Di Luar Rumah Ketika Musim Jerebu

EnvironmentHealth & Fitness
17 Sep 2026 • 6:46 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Beberapa kawasan di Malaysia kini mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat disebabkan jerebu yang melanda.

Situasi ini secara tidak langsung menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa menghadkan aktiviti di luar rumah kerana bimbang ia akan memberi risiko buruk kepada kesihatan.

Elakkan jemur baju di luar rumah apabila jerebu

Baru-baru ini seorang pengguna di Threads, Zulfikarolive turut meminta orang ramai untuk mengelakkan daripada menjemur baju di luar rumah sewaktu jerebu sedang melanda negara.

Ujar lelaki itu, perkara tersebut perlu dielakkan kerana partikel halus di dalam udara termasuk PM2.5 boleh melekat pada pakaian yang disidai di luar rumah.

Oleh itu, bagi individu yang mempunyai kulit sensitif khususnya pakaian anak-anak kecil ia boleh memberikan kesan kepada kulit apabila ia bersentuhan.

Namun sekiranya seseorang itu terpaksa menyidai pakaian di luar rumah, mereka disarankan untuk memilih waktu keadaan udara lebih baik serta di kawasan yang terlindung daripada udara luar.

View on Threads
Image from: Lelaki Kongsi Kenapa Tak Elok Jemur Baju Di Luar Rumah Ketika Musim Jerebu
Foto: Pexels

Tak disarankan jemur baju jika IPU melebihi 100

Tambahnya lagi sekiranya IPU melebihi 100 maka disarankan untuk menjemur pakaian seperti di dalam rumah atau menggunakan mesin penggering.

Kata Zulfikar ia hanyalah sekadar langkah berjaga-jaga dan bukanlah had rasmi khusus untuk pakaian.

“Nampak macam benda kecil, tapi waktu jerebu apa yang kita boleh kurangkan pendedahan, kita kurangkan,” ujarnya.

Bahan pencemar boleh meresap ke dalam fabrik yang lembap

Menerusi laman sesawang KLE Smart, bahan pencemar mikroskopik PM 2.5 adalah sekitar 30 kali ganda lebih kecil daripada rambut manusia.

Ia mudah meresap jauh ke dalam fabrik yang lembap seperti:

  • Kapas
  • Linen
  • Sintetik

Menyebabkan kulit tidak selesa

Oleh itu, pemakaian pakaian yang sudah terdedak kepada perkara tersebut boleh menyebabkan kulit:

  • Ruam
  • Kerengsaan kulit
  • Ketidakselesaan pernafasan

Khususnya bagi kanak-kanak, warga emas serta penghidap asma.

Tiada fakta dari kesihatan ditemui tentang larangan jemur baju ketika musim jerebu

Pun begitu kami tidak menemukan sebarang peringatan daripada pihak berkuasa kesihatan berhubung perkara ini. Malah carian kami diportal kesihatan luar negara juga tidak menemukan perkara sama meskipun ianya kedengaran logik.

Image from: Lelaki Kongsi Kenapa Tak Elok Jemur Baju Di Luar Rumah Ketika Musim Jerebu

Jerebu boleh mengundang kepada pelbagai penyakit

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini juga ada berkongsi jerebu juga boleh menyebabkan gejala kesihatan seperti:

  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
  • Hidung berair dan kerap bersin
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas
  • Mata terasa pedih dan berair
  • Kulit badan terasa gatal-gatal
  • Terasa sakit dada
Image from: Lelaki Kongsi Kenapa Tak Elok Jemur Baju Di Luar Rumah Ketika Musim Jerebu
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved