Lelaki Kongsi Pengalaman Diserang Gout, Pesan Orang Ramai Jaga Pemakanan Sebelum Terlambat

Health & Fitness
2 Jul 2026 • 8:54 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Lelaki Kongsi Pengalaman Diserang Gout, Pesan Orang Ramai Jaga Pemakanan Sebelum Terlambat

KUALA LUMPUR – Ramai menganggap gout hanya menyerang golongan berusia, namun hakikatnya penyakit itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutama jika tabiat pemakanan tidak dikawal. Seorang lelaki berkongsi pengalaman dirinya diserang gout sehingga terpaksa menggunakan tongkat sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengambil mudah soal pemakanan.

Punca Serangan

Menerusi perkongsian di Threads, lelaki dikenali sebagai Zhareef Parker berkata serangan gout yang dialaminya berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak terkawal.

Menurutnya, walaupun makanan yang diambil kelihatan sihat, pengambilan secara berlebihan dalam tempoh singkat tetap boleh meningkatkan risiko serangan gout.

“Aku kena attack dengan gout sebab tak jaga makan. Nampak macam apa yang aku makan tu benda yang sihat je. Tapi kalau tak kawal, memang kena benda ni,” tulisnya.

Makanan Yang Perlu Dikawal

Beliau menjelaskan antara makanan yang perlu diambil secara berpada-pada ialah daging merah serta organ dalaman seperti hati dan pedal kerana mengandungi kandungan purin yang tinggi, sekali gus boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.

Selain itu, beliau turut menasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan fruktosa atau gula tambahan seperti minuman berkarbonat serta minuman manis.

Beliau juga mengingatkan bahawa beberapa jenis makanan laut seperti kerang, sotong, udang dan ikan bilis wajar diambil secara sederhana bagi mengurangkan risiko serangan gout.

Dalam perkongsian sama, beliau memaklumkan turut mengambil urinary alkalinizer bagi membantu mengurangkan keasidan air kencing, namun ia hanyalah berdasarkan pengalaman peribadinya.

Warga Maya Turut Berkongsi Pengalaman

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang berkongsi pengalaman masing-masing berdepan penyakit gout.

Seorang netizen menulis, “Saya juga menjaga suami yang menghidap gout. Memang saya sentiasa mengawal pemakanannya. Tetapi apabila sekali diserang gout, dia akan mengadu kesakitan tanpa henti.”

Seorang lagi netizen pula berkongsi, “Saya juga menghidap gout, tetapi Alhamdulillah kini serangan semakin berkurangan. Selepas saya cuba mengubah gaya hidup secara perlahan-lahan dari segi pemakanan, saya mengurangkan minuman manis dan mengamalkan senaman.”

Apa Itu Gout?

Gout berlaku apabila paras asid urik dalam badan menjadi tinggi sehingga membentuk kristal pada sendi, menyebabkan kesakitan yang teruk, bengkak dan kemerahan.

Individu yang mengalami simptom gout disarankan mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sesuai. Pada masa sama, pengambilan makanan secara seimbang, mengekalkan berat badan ideal dan minum air secukupnya juga antara langkah yang boleh diamalkan bagi membantu mengurangkan risiko serangan berulang. – The Malaysian Update


Sokong TMU

Jika anda menghargai usaha TMU dalam menyampaikan berita, maklumat dan isu semasa yang bermanfaat, anda boleh memberi sokongan secara sukarela.

Sokongan anda membantu kami terus menghasilkan laporan, artikel dan kandungan berkualiti untuk rakyat Malaysia.

Sokong TMU di sini

The post Lelaki Kongsi Pengalaman Diserang Gout, Pesan Orang Ramai Jaga Pemakanan Sebelum Terlambat appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved