Tular video warga asing kencing di eskalator MRT

1 Jul 2026 • 2:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tular video warga asing kencing di eskalator MRT
Tular video memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing membuang air kecil di sebuah stesen MRT

KUALA LUMPUR – Pengendali pengangkutan awam, Rapid KL menggesa orang ramai segera melaporkan sebarang salah laku yang berlaku di stesen dan dalam tren bagi memastikan kemudahan pengangkutan awam kekal bersih, selamat serta selesa digunakan semua penumpang.

Gesaan itu dibuat susulan penularan video memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing membuang air kecil di sebuah stesen MRT sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi kenyataan ringkas di media sosial pada Rabu, Rapid KL menegaskan kebersihan stesen dan tren adalah tanggungjawab bersama, selain mengingatkan orang ramai supaya tidak meniru perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Jangan tiru aksi ini. Jika ternampak aktiviti yang salah dan mencurigakan seperti kencing di tempat tidak sepatutnya, makan dan minum dalam tren atau berkelakuan sumbang, laporkan segera kepada petugas stesen, polis bantuan atau hubungi talian bantuan kami," menurut kenyataan itu.

Rapid KL turut berharap pengguna dapat memberikan kerjasama dalam memastikan semua kemudahan pengangkutan awam dapat digunakan dengan selesa oleh setiap penumpang.

Terdahulu, sebuah video yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing membuang air kecil di kawasan eskalator sebuah stesen MRT sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Insiden itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial yang menggesa tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit bagi menjaga imej dan kebersihan pengangkutan awam negara.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved