Lelaki Kongsi ‘Surprise’ Dapat Glove Bila Pesan KFC, Namun Packaging Curi Tumpuan Netizen

6 Oct 2026 • 6:55 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan apabila makan atau pesan ayam goreng di kedai banyak yang menawarkan penggunaan sarung tangan plastik.

Yelah nak mudahkan pelanggan supaya lebih mudah untuk menikmatinya dan tangan pun tidak kotor.

Lelaki surprise pesan KFC dapat glove

Baru-baru ini seorang pelanggan teruja apabila menerima sarung tangan menerusi makanan yang dipesan dari restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken atau turut dikenali sebagai KFC.

Menerusi hantaran dikongsikan di Threads, lelaki itu memaklumkan dia sudah lama tidak menikmati makanan daripada KFC sebelum teruja melihat sarung tangan terbabit.

“Order KFC sekarang memang dapat surprise macam ni ke? Sumpah aku dah lama tak makan KFC jadi aku craving (teringin) aku order lah Grab. Sekali termenung aku walaupun glove tapi tulah kelakar juga bagi aku,” kata pengguna itu.

Siap tagline “Guna tangan best. Guna GLOVE PUN BEST”

Dalam hantaran tersebut lelaki berkenaan turut berkongsi sarung tangan tersebut yang berada dalam bungkusan berwarna merah putih dengan saiz empat segi.

Pada bungkusan atau packaging sarung tangan itu tertera ayat “Guna tangan best. Guna GLOVE PUN BEST.”

Ada pula yang fikir bukan-bukan

Namun perkongsian lelaki itu mengundang persepsi berbeza kepada sesetengah warga Threads yang tertarik dengan bungkusan sarung tangan itu.

Ini kerana ada yang mengatakan bungkusan itu nampak mencurigakan pada pandangan pertama dan mengaitkannya dengan alat pelindung seksual.

Malah ada yang turut membuat gurauan ‘double meaning’ seperti:

  • “Asyik perisa buah dengan kopi je”
  • “Oh sarung tangan… ingatkan…”
  • “Adakah ia apa yang saya fikirkan”
  • “Aku ingat stokin getah tadi”
View on Threads

Sebenarnya Glove untuk menu KFC Cheezy Banjir!

Namun ada seorang pengguna yang mengatakan sarung tangan tersebut sebenarnya untuk kegunaan menu baru daripada jenama restoran itu iaitu KFC Cheezy Banjir!

Carian kami di media sosial mendapati, KFC di platform media sosial turut mempromosikan menu tersebut dengan #Kepci #CheezyBanjir.

Siri menu ini sebenarnya bukan mengenai keju semata-mata tetapi bagaimana ia boleh mengubah perspektif seseorang mengenai cara untuk menikmatinya.

Kalau sebelum ini anda sekadar mencicah ayam goreng yang rangup pada sos. Tapi celupan yang disaluti dengan keju serta kerangupan ayam mungkin akan memberikan satu pengalaman yang baharu buat korang

KFC Cheezy Banjir berikan nikmat rasa rich, savoury dan creamy

Yes ini lah yang selalu kita mahukan, Cheese banjir! Baru lah puas hati bila makan tu, rasa savoury dan creamy cheese

Selain ayam goreng, korang juga boleh nikmati Cheesy Lava Zinger Burger dengan lelehan cheese bersama onion ring rangup.

“Lagi banjir, lagi layan.”

Sedapnya makan ayam goreng dengan cheese banjir, tapi berapa harganya?

Mesti ada yang tertanya-tanya berapa harganya dan menu lain untuk KFC Cheezy Banjir ni, jom kami kongsikan:

  • 2 ketul ayam – Dunked Cheesy Crunch Combo – RM25.49
  • 3 ketul ayam – Dunked Cheesy Crunch Combo3 ketul ayam – RM28.99
  • Cheesy Lava Box Meal – RM26.99
  • Cheesy Lava Zinger Burger combo – RM21.99
  • Cheesy Lava Zinger Burger – RM18.49
  • Cheezy Shaker Fries (XL) – RM12.99
  • Cheesy Shaker Fries (M) – RM6.49
  • Cheezy Wedges Combo – RM11.49
View this post on Instagram

A post shared by @kfcmalaysia

View this post on Instagram

A post shared by Tash Yong (@tash_yong)

Berikut komen netizen:

“Packaging dia buat orang curiga sekali pandang”

Image from: Lelaki Kongsi ‘Surprise’ Dapat Glove Bila Pesan KFC, Namun Packaging Curi Tumpuan Netizen

“Perisa KFC pun boleh, asyik perisa buah dengan kopi je”

Image from: Lelaki Kongsi ‘Surprise’ Dapat Glove Bila Pesan KFC, Namun Packaging Curi Tumpuan Netizen
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved