Lelaki Kongsi Tip Tanam Rumput Karpet Kemas, Rapi

Home & LivingLifestyle
15 May 2025 • 12:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Kongsi Tip Tanam Rumput Karpet Kemas, Rapi

Berkebun bukan sekadar hobi untuk mengisi masa lapang ketika bosan, namun ia adalah terapi semula jadi yang memberi manfaat besar kepada tubuh dan minda manusia.

Aktiviti santai ini bukan sahaja mengurangkan tekanan, malah membantu meningkatkan kesihatan fizikal melalui pergerakan badan.

Jadi, tidak hairan memgapa sesetengah orang gemar ‘menghijaukan’ landskap halaman rumahnya dengan menanam pokok-pokok dan sayur-sayuran, malah rumput karpet sebagai landskap rumah.

Berbeza dengan rumput yang tumbuh meliar di tepi jalan atau kawasan terbiar, rumput karpet seperti Cow Grass, Pearl Grass atau Philippine Grass sering dipilih kerana teksturnya yang lembut, tumbuh sekata dan mudah diselenggara.

Ia seolah-olah menjadi ‘karpet semula jadi’ yang menyatukan elemen-elemen tumbuhan di sekelilingnya.

Oleh kerana itu, semakin ramai pemilik rumah mula mengambil inisiatif untuk menanam sendiri rumput karpet ini bukan hanya terpesona pada kecantikan, tetapi sebagai terapi minda.

Sehubungan itu, hari ini SK akan bawakan satu perkongsian oleh Mohd Annuar, mengenai cara untuk menanam rumput di halaman rumah agar menjadi kemas dan teratur.

Tip Tanam Rumput Di Halaman Rumah

image is not available
Kredit: Mohd Annuar via Facebook

Selepas lima bulan, rumput yang ditanam jarak-jarak dan menghijau gebu. Alhamdulillah.

Bulan pertama

  • Siram tiga kali sehari: pagi, tengahari, petang
  • Baja dua minggu sekali

Bulan Kedua

  • Baja sebulan sekali
  • Foliar dua minggu sekali

Bulan Ketiga

  • Potong dengan mesin pemotong rumput tahap empat
  • Baja sebulan sekali
  • Foliar dua minggu sekali
  • Racun rumpai

Bulan Keempat

  • Potong dengan mesin pemotong rumput tahap tiga
  • Baja sebulan sekali
  • Foliar dua minggu sekali
  • Racun rumpai

Bulan Kelima

  • Potong dengan mesin pemotong rumput tahap dua
  • Baja sebulan sekali
  • Foliar dua minggu sekali
  • Racun rumpai

image is not available
Kredit: Mohd Annuar via Facebook

Alhamdulillah, masuk bulan keenam cantik rapat menghijau dah.