Lelaki Kota Belud dilaporkan hilang di Kemboja

18 Jul 2026 • 5:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki Kota Belud dilaporkan hilang di Kemboja

KOTA BELUD: Seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun dari Kampung Tempasuk 1, di sini, dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan keluarganya sejak 10 Jun 2026 ketika berada di Kemboja.

Allen Scoot Willfraid, 26, kali terakhir dihubungi pada 10 Jun lalu.

Menurut sepupunya, Aqidah Marzuki, 33, Allen dikatakan berlepas ke Kemboja tanpa pengetahuan keluarga pada Disember 2025 lalu dan hanya memaklumkan keberadaannya selepas tiba di situ.

“Sejak itu, segala usaha untuk menghubunginya gagal dan laporan polis berhubung kehilangan Allen dibuat pada 20 Jun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud,” katanya.

Aqidah berkata Allen ke Kemboja bersama seorang rakan baru dikenali yang mendakwa dirinya seorang ejen mencari pekerjaan di Kemboja.

“Setibanya di Kemboja, barulah Allen memaklumkan perkara sebenar kepada kami sekeluarga berhubung keberadaannya,” jelasnya.

Berdasarkan lokasi terakhir yang direkodkan menerusi aplikasi Find My iPhone, Allen dipercayai berada di kawasan Phsar Kandal, Poipet, Kemboja.

Sehubungan itu, keluarga merayu bantuan pihak berkuasa, media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai untuk membantu mengesan Allen.

Mereka berharap sebarang maklumat yang diterima dapat membantu menemukan Allen dalam keadaan selamat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat, pernah bertemu atau berhubung dengan Allen diminta menghubungi ahli keluarganya di talian 014-7819639 atau 011-28839042.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved