Lelaki Kuching Tampar Isteri Akibat Bunyi Video TikTok Kuat Dikenakan Bon Berkelakuan Baik

20 Feb 2025 • 1:42 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gara-gara video TikTok, suami tarik rambut dan tampar isteri

Lelaki Kuching Tampar Isteri Akibat Bunyi Video TikTok Kuat Dikenakan Bon Berkelakuan Baik. Seorang lelaki yang menampar isterinya kerana tidak merendahkan bunyi video TikTok yang ditonton telah dikenakan bon berkelakuan baik selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mohd Ziahkumi Mahdi, 36, mengaku bersalah selepas pertuduhan di bawah Seksyen 67 Kanun Prosedur Jenayah dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

image is not available
Lelaki Kuching Tampar Isteri Akibat Bunyi Video TikTok Kuat Dikenakan Bon Berkelakuan Baik. Gambar hiasan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Rampangi Fasa 1 sekitar jam 2 pagi pada 13 Februari 2025.

Berdasarkan fakta kes, Mohd Ziahkumi dikatakan hampir tertidur apabila isterinya masuk ke bilik tidur, berbaring di sebelahnya, dan mula menonton video di TikTok.

Permintaan Tidak Diendahkan, Suami Hilang Sabar dan Bertindak Agresif

Difahamkan, dia telah meminta isterinya sebanyak empat kali untuk merendahkan bunyi telefon kerana mahu tidur.

Namun, selepas permintaannya tidak diendahkan, Mohd Ziahkumi bertindak menarik rambut isterinya sebelum menampar pipi kanannya.

Siasatan polis mendapati kenyataan yang diberikan oleh Mohd Ziahkumi dan isterinya mengenai kejadian itu tidak selari.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai pergaduhan suami isteri yang membawa padah: