Lelaki lemas ketika mandi sungai bersama rakan

7 Sep 2026 • 6:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki lemas ketika mandi sungai bersama rakan
Mangsa disahkan meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 11.28 pagi. Gambar hiasan

TAWAU - Seorang lelaki dilaporkan lemas ketika mandi bersama rakannya di Sungai Tagal, Kampung Kijang, di sini pada Isnin.

Muhammad Sayfirfansyah Mohammad Nazim, 19, disahkan meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 11.28 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 10.38 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 33 kilometer dari BBP Tawau.

"Menurut maklumat, terdapat seorang mangsa dipercayai lemas ketika sedang mandi bersama rakan-rakannya di sungai tersebut.

"Menurut pemanggil, mangsa telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dihantar oleh orang awam ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pasukan bomba kemudiannya bergerak ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut dan menjalankan pemantauan keadaan dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan pada jam 11.28 pagi," katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi pula ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.02 tengah hari," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved