Lelaki lemas motosikal terjatuh dari dermaga

5 May 2025 • 11:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota PPDA Pelabuhan Klang menemukan mayat seorang lelaki yang lemas selepas motosikal dinaiki bersama seorang rakan dipercayai terjatuh dari dermaga di MATRAIN, Pulau Indah, Pelabuhan Klang pada Sabtu. Foto: JBPM

image is not available
Anggota PPDA mengangkat dan membawa naik mayat seorang lelaki yang lemas setelah motosikal dinaiki bersama seorang lagi rakan dipercayai terjatuh dari dermaga di MATRAIN, Pulau Indah, Pelabuhan Klang pada Sabtu. Foto: JBPM

image is not available
Anggota PPDA mengangkat dan membawa naik mayat seorang lelaki yang lemas setelah motosikal dinaiki bersama seorang lagi rakan dipercayai terjatuh dari dermaga di MATRAIN, Pulau Indah, Pelabuhan Klang pada Sabtu. Foto: JBPM

image is not available
Mayat seorang lelaki yang lemas diusung pasukan JBPM sebelum diserahkan kepada pihak polis. Foto: JBPM

KLANG - Seorang lelaki ditemukan lemas selepas motosikal dinaiki bersama rakannya dipercayai terjatuh dari dermaga akibat tergelincir dalam kejadian di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN), Pulau Indah, Pelabuhan Klang di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.53 malam menyatakan terdapat dua orang mangsa terjatuh dari dermaga tersebut.

Beliau berkata, seorang mangsa berusia 30-an telah berjaya diselamatkan oleh orang ramai, manakala seorang mangsa hilang dan dikhuatiri lemas.

**media[3111834]**

Kata beliau, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Pelabuhan Klang telah melakukan pencarian mangsa sehingga jam 7 malam pada Ahad, sebelum operasi menyelamat ditangguhkan.

"Komander operasi melaporkan mangsa telah berjaya dijumpai jam 8.17 pagi Isnin oleh anggota PPDA.

"Jarak mangsa dijumpai kira-kira 200 meter dari tempatnya terjatuh," katanya dalam satu kenyataan.

**media[3111833]**

Menurutnya, mangsa yang berusia 29 tahun itu telah disahkan meninggal dunia.

Katanya, mangsa telah dibawa naik dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

**media[3111836]**