Baju Hujan Jadi Punca Tangan Kanak-Kanak Lelaki Tersepit Rim Motosikal

5 May 2025 • 8:49 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas tangannya tersepit pada tayar motosikal dalam satu insiden di Jalan Tok Wan Don, Kampung Permatang Pasir, di sini, pagi tadi.

image is not available

Foto: Buletin TV3

Menurut laporan Buletin TV3, kejadian berlaku ketika mangsa sedang membonceng motosikal jenis Yamaha LC 135 bersama seorang lelaki dewasa yang dipercayai sedang menghantarnya ke sekolah. Dalam perjalanan tersebut, pakaian hujan yang dipakai mangsa dikatakan tersangkut pada rim motosikal, menyebabkan tangannya turut tersepit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.44 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi hanya enam minit kemudian.

“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha LC 135 terbabit dalam kemalangan jalan raya.

“Tangan kanak-kanak berusia 11 tahun yang membonceng motosikal itu tersepit di tayar kerana pakaian hujannya tersangkut di rim motosikal.

“Mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya.

image is not available

Foto: Buletin TV3

Mangsa yang berada dalam keadaan stabil telah dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk menerima rawatan lanjut.

Operasi penyelamatan ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.58 pagi.

Sumber: Buletin TV3

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved