Lelaki lemas tergelincir ketika memancing di Kampung Padang Jawa

6 Jun 2024 • 11:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Seorang lelaki tempatan ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam sungai ketika memancing di kawasan sebuah kunci air di Kampung Padang Jawa, Seksyen 16, di sini petang Khamis.

Mayat mangsa berusia 26 tahun itu dijumpai oleh anggota bomba dan penyelamat Seksyen 15 dalam jarak 15 meter dari lokasi kejadian pada jam 7.15 malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan malam ini berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu tergelincir ketika hendak naik dari tempat memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, operasi menyelamat lelaki tersebut dijalankan setelah mendapat panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.29 petang.

Katanya, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba berjaya menemukan jasad lelaki berkenaan selepas hampir dua jam pencarian. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved